Ramai pasangan di Selangor bercerai kerana masalah kewangan

MASALAH kewangan menyumbang antara punca penceraian paling tinggi pasangan suami isteri di Selangor.

Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Datuk Mohammad Adib Hussain berkata, tiada persefahaman dalam menjalani kehidupan rumah tangga turut menyumbang statistik penceraian di negeri itu.

“Antara sebab tuntutan penceraian ialah tiada persefahaman dan masalah kewangan. Ada kes suami kerja baik tetapi tidak mahu beri nafkah kerana isteri bekerja.

“Kes tuntutan nafkah meningkat sekiranya banyak tuntutan penceraian namun setakat ini 50 peratus daripadanya berjaya diselesaikan dalam proses sulh (perbincangan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Kefahaman Undang-Undang Syariah Siri 6 Zon Klang, di Dewan Serbaguna Dato’ Ahmad Razali, Klang, hari ini.

Dalam ucapannya, Mohammad Adib menjelaskan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) berjaya menyelesaikan 2,434 daripada 9,072 tuntutan penceraian secara ‘fast track’ setakat Ogos lalu.

Menurutnya, kaedah yang diperkenal sejak 2015 itu boleh dilaksana jika cukup syarat ditetapkan antaranya dokumen lengkap dan pasangan hadir ke mahkamah.

Selain itu, Mohammad Adib juga mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan institusi kaunseling bagi membantu mengurangkan kes penceraian.

“Apabila kes terus dituntut terus di mahkamah, tahap ego agak tinggi namun apabila ada satu institusi kemungkinan perkahwinan boleh dipertahan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Adib juga berharap kerajaan dapat mempertimbang menambah hakim mahkamah tinggi dalam usaha menyelesaikan kes tertunda.

“Setakat ini, kita ada lima mahkamah tinggi dan 22 mahkamah daerah. Jika boleh dipertimbang, kerajaan boleh menambah satu hakim bagi setiap mahkamah tinggi.

“Mahkamah rendah masih bertahan dan boleh berjalan tetapi untuk mahkamah tinggi mungkin boleh tambah sebab kes banyak,” katanya.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan