Abang tunggang motosikal hantar adik dari Melaka ke UUM Sintok

SINTOK- Seorang lelaki, Ee Tai Qing sanggup membawa adiknya Ee Tai Zhi, 21, dari Melaka ke Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini dengan hanya menunggang motosikal.

Tai Zhi adalah antara 4,195 pelajar yang mendaftar di UUM pagi tadi.

Menurut Tai Qing, 27, dia membawa adiknya dari Sungai Udang, Melaka ke UUM Sintok sejak dua hari lepas.

Katanya, mereka tiba pagi tadi di Bangunan Canselor dan disantuni oleh Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed.

“Adik saya akan mengikuti Program Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti dan berjanji untuk memberi fokus sepenuhnya apabila kuliah bermula. Walaupun penat menunggang motosikal tetapi sebagai abang saya gembira dapat melihat adik dapat memasuki universiti.

“Walaupun jaraknya begitu jauh tetapi adik saya bersemangat dan tidak sabar untuk menghadiri kuliah. Walaupun hanya motosikal yang kami mampu tetapi saya sangat gembira apabila sampai dengan selamat di UUM ini,” katanya yang hanya berniaga buah-buahan.

Bagi Tau Zhi pula, dia tidak akan menghampakan keluarganya dan akan belajar bersungguh-sungguh hingga berjaya.

“Memang perit dengan hanya menunggang motosikal untuk sampai di UUM ini tetapi biar saya susah dahulu dan senang kemudian,” katanya.

Related Posts

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

BUTTERWORTH – Seorang pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan