Rafizi, Nik Nazmi akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen – PM

PERDANA MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa pengunduran Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada jawatan menteri merupakan keputusan peribadi yang dibuat berlandaskan prinsip masing-masing, dan kerajaan menghormati keputusan tersebut.

Menurut beliau, meskipun kedua-dua Ahli Parlimen itu tidak lagi menganggotai Jemaah Menteri, mereka diyakini akan terus memainkan peranan aktif di Dewan Rakyat demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

“Kerajaan menghormati keputusan ini dan dalam masa yang sama menzahirkan keyakinan bahawa kedua-dua Yang Berhormat akan terus menabur bakti serta memainkan peranan aktif sebagai Ahli Parlimen demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara,” ujar beliau menerusi jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, hari ini.

Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, yang mempersoalkan sama ada peletakan jawatan kedua-dua menteri berkenaan memberi gambaran bahawa Kerajaan MADANI sedang mengalami ketidaktentuan, serta kerelevanan istilah ‘Kerajaan Perpaduan’ untuk terus diguna pakai.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menegaskan bahawa Kerajaan MADANI kekal kukuh dengan dukungan padu semua parti komponen yang membentuk kerajaan pada masa ini.

“Kerjasama erat dan semangat saling menghormati dalam kalangan parti-parti ini menjadi asas kepada kesinambungan pentadbiran negara dan pelaksanaan agenda reformasi,” tambahnya.

Terdahulu, pada 28 Mei lalu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, dan Nik Nazmi yang merupakan Ahli Parlimen Setiawangsa, telah mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Menteri Ekonomi dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, yang berkuat kuasa pada 17 Jun dan 4 Julai lalu.

Keputusan tersebut diambil susulan kekalahan mereka mempertahankan jawatan dalam pemilihan PKR pada Mei, masing-masing bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden parti.

Related Posts

Simpanan persaraan lebih terjamin dengan i-Legasi, i-Emas

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperkenalkan i-Legasi dan i-Emas bagi memperkukuh jaminan kewangan serta memastikan kelangsungan simpanan persaraan ahli dalam jangka panjang. Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

Tular video tangkapan: Suspek disiasat kes halang penjawat awam bertugas

MADANI membina jiwa bangsa

MADANI membina jiwa bangsa