Pemilikan Petronas kekal milik kerajaan Persekutuan – Azalina

KERAJAAN Persekutuan mengekalkan pemilikan penuh terhadap syarikat minyak dan gas negara, Petronas, namun terus komited memperkukuh penyertaan negeri-negeri melalui pelbagai bentuk kerjasama strategik serta penglibatan dalam rantaian nilai industri petroleum negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Petronas kekal dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Persekutuan dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, selaras dengan peranannya sebagai syarikat minyak dan gas nasional.

“Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) mengamanahkan Petronas dengan pemunyaan mengenai petroleum serta hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan eksklusif untuk meneroka, mengurus dan membangunkan sumber petroleum negara, sama ada di daratan, di pesisir pantai mahupun di luar pesisir pantai Malaysia,” jelas beliau.

Beliau berkata demikian melalui jawapan bertulis yang disiarkan di portal rasmi Dewan Rakyat hari ini, sebagai maklum balas terhadap pertanyaan Datuk Seri Jeffrey Gapari Kitingan (GRS–Keningau).

Jeffrey dalam soalannya mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan pengagihan 50 peratus saham pemilikan dalam Petronas kepada wilayah-wilayah serta negeri-negeri pengeluar minyak dan gas, iaitu Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan, sebagai langkah memperkukuh struktur Persekutuan Malaysia serta meredakan ketegangan politik berkaitan hak minyak dan gas.

Mengulas lanjut, Azalina menegaskan bahawa meskipun pemilikan Petronas kekal berpusat di bawah kerajaan Persekutuan, pendekatan inklusif yang sedang dilaksanakan membolehkan negeri-negeri pengeluar menerima manfaat langsung daripada industri petroleum.

Antara bentuk manfaat tersebut termasuklah bayaran tunai kepada negeri, pelaksanaan projek bersama, serta penglibatan dalam inisiatif komersial dan kerjasama strategik.

Jelasnya, hasil keseluruhan daripada sektor petroleum ini turut diagihkan secara saksama ke seluruh negara, selaras dengan keperluan pembangunan nasional.

Related Posts

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru kepimpinan syarikat korporat agar menunjukkan keprihatinan dan ihsan terhadap pekerja dengan mempertimbang kenaikan gaji demi menjaga kebajikan mereka serta meningkatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

KUALA LUMPUR – Elaun Pasca Cuti Bersalin akan diperkenalkan kerajaan sebagai inisiatif baharu bagi membantu ibu bekerja kekal dalam tenaga buruh, di samping meringankan beban selepas melahirkan anak. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM