DBKK luluskan 3 lokasi Perhimpunan Solidariti Zara Qairina

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) meluluskan permohonan penggunaan tiga lokasi di bawah seliaannya bagi penganjuran Perhimpunan Solidariti Zara Qairina yang dijadualkan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan media DBKK memaklumkan tiga lokasi itu melibatkan Padang Merdeka pada 15 Ogos pukul 7 malam hingga 11 malam.

“Taman Chong Thein Vun pada 16 Ogos bermula pukul 2 petang hingga 4.30 petang.

“Lintasan Deasoka pada 16 Ogos dari pukul 5.30 petang hingga 11 malam,” katanya dalam kenyataan media pada Khamis.

Jelasnya, kelulusan itu diberikan selaras dengan prosedur DBKK serta tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk ketetapan daripada agensi penguatkuasa lain yang berkaitan.

Sehubungan dengan itu, DBKK menegaskan bahawa ruang legar kawasan bangunan DBKK adalah tidak termasuk dalam senarai lokasi yang diluluskan bagi tujuan perhimpunan seperti yang tular di media sosial.

DBKK juga menyeru orang ramai yang menyertai perhimpunan agar sentiasa menjaga kebersihan serta menggunakan kemudahan sedia ada dengan penuh tanggungjawab.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat