Propaganda ketakutan sentimen 3R mampu jadi bom jangka perpecahan kaum

KLUANG – Setiap ahli politik, khususnya pembangkang harus berhenti memanipulasi sentimen perkauman serta agama, berikutan tindakan itu mampu menjadi wabak yang menggugat keharmonian perpaduan rakyat negara ini.

Pemerhati politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota secara jelas menjadi medan kepada Perikatan Nasional (PN) untuk menyebarkan kebencian dengan menjadikan isu kaum, agama dan raja (3R) sebagai senjata politik.

Menurut beliau, kelompok tersebut lebih gemar menonjolkan diri kononnya sebagai pejuang kaum, dengan memutar-belit fakta, semata-mata mahu menimbulkan rasa terancam sesuatu kaum demi meraih manfaat politik.

Pemerhati politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof

“Retorik mereka mudah untuk memainkan emosi rakyat dengan ucapan berapi-api dan cerita separa benar yang memberikan gambaran seolah-olah kumpulan atau etnik tertentu sedang terancam.

“Sudah lama perkara sebegini terjadi di Malaysia. Mutakhir ini, ia berlaku lagi dan semakin menjadi-jadi. Dengan teknologi media sosial, ucapan retorik mereka ini ditambah garam dan perisa oleh mereka yang sudah sedia rasis untuk disebar luas bagi mengukuhkan lagi pandangan mereka,” kataya ketika dihubungi The Malaysia Press, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan pemimpin dan ahli politik yang menggunakan program anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Kampung Melayu di Kluang, menjadi platform bagi gabungan pembangkang mencipta doktrin kebencian dalam mewujudkan persepsi seolah-olah orang Melayu ketika ini sedang dipijak serta dijajah oleh bangsa Cina.

Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard mendakwa hak keistimewaan orang Melayu serta kedudukan agama Islam akan ‘terhapus’ sekiranya PN menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan berkaitan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Mengulas lanjut, Nur Ashikin berkata, jika perbuatan memperkudakan agama dan kaum tidak disekat secara tegas, ia akan menjadi teruk dan sekarang sudah dikira melampaui batas terutama sekali dalam senario politik.

Beliau kecewa dengan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan pembangkang apabila mendakwa Kerajaan Perpaduan cuba menyekat kebebasan bersuara rakyat daripada membicarakan isu 3R.

“Isu 3R secara umumnya dibenar untuk dibicarakan secara positif seperti parti politik membicarakan isu meningkatkan taraf hidup orang Melayu, meningkatkan syiar Islam di Malaysia dan membincangkan kuasa Raja Melayu melantik Perdana Menteri dan Menteri Besar.

“Masalah timbul apabila 3R dimanipulasi bagi menghentam sesuatu pihak, termasuk institusi diRaja seperti mendajalkan, mengkafirkan sesama Islam, menjatuhkan hukum haram dan masuk neraka bagi menyokong parti lawan, Melayu terancam dan melakukan hujah mengganggu gugat institusi diraja,” katanya.

Sehubungan itu, Nur Ashikin menyeru setiap ahli politik menunjukkan teladan baik dengan tidak menyentuh isu sensitif terutama 3R sehingga boleh mengganggu gugat keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini.

Jelasnya, pemimpin seharusnya menunjukkan contoh baik dan menjadi ‘role model’, bukan menjadi dalang dengan menggunakan isu 3R demi kesinambungsn karier politik mereka.

“Setiap pemimpin perlu berhenti politiking, beri tumpuan menyelesaikan isu rakyat. PN seharusnya menjadi pembangkang bertanggungjawab untuk semak dan imbang Kerajaan Perpaduan bukan menjadi wira dalam membawa sentimen 3R yang akan membawa perpecahan kaum.

“Pada masa sama, keperluan PN bincang semula memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan namun mereka dilihat agak berat untuk bekerjasama, mungkin atas faktor percaya ‘tebuk atap’ ketika Langkah Sheraton masih boleh berlaku masa ini, walaupun hakikatnya agak mustahil untuk berlaku kerana adanya Akta Anti Lompat Parti,” katanya.

Pada masa sama, Nur Ashikin menegaskan, rakyat juga harus berfikiran rasional dan terbuka untuk tidak terlalu percaya kepada propaganda ‘Melayu terancam’, meskipun mereka masih dilihat berbelanja mewah dengan gaya hidup.

“Sebenarnya mereka lebih membicarakan ancaman kepada cara hidup mereka berbanding kos hidup mereka hadapi. Sebenarnya Melayu tidak terancam, malah hak mereka dilindungi sepenuhnya Perlembagaan dan kerajaan Persekutuan.

“Propaganda ketakutan dimainkan semata-mata untuk mengalihkan pandangan mereka daripada melihat kebenaran dan perkara sepatutnya seperti memilih kerajaan mampu mentadbir dengan baik berbanding sentimen 3R menguasai dan menutup minda mereka,” katanya.

Related Posts

Fahmi bertanding jawatan Naib Presiden PKR

KETUA Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pencalonannya untuk jawatan Naib Presiden parti pada pemilihan PKR pada 24 Mei depan Fahmi berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan lanjut bersama beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

TIMBALAN Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo berjaya mempertahankan kerusinya dalam Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu dengan jumlah undi terbanyak iaitu 2,785 undi, malam ini. Bagaimanapun, Naib Pengerusi Teresa Kok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi bertanding jawatan Naib Presiden PKR

Fahmi bertanding jawatan Naib Presiden PKR

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

  • By Fandi
  • March 16, 2025
Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy