Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

KUCHING – Kerajaan Sarawak terus memperhebat usaha pemuliharaan kawasan semula jadi di Ulu Baram menerusi cadangan pewartaan Keluan Hill sebagai taman negara baharu yang turut merangkumi kawasan air terjun Three Sisters Waterfall.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah tersebut penting bagi memastikan khazanah biodiversiti serta ekosistem semula jadi di kawasan pedalaman itu terus terpelihara secara mampan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Menurutnya, kawasan yang dicadangkan itu melibatkan keluasan kira-kira 1,619 hektar meliputi lapan penempatan kampung dengan pelbagai penilaian sedang dilaksanakan sebelum proses pewartaan dimuktamadkan.

“Sepanjang tahun lalu, beberapa kajian biodiversiti telah dijalankan dan penemuan awal menunjukkan kawasan ini mempunyai nilai ekologi yang tinggi dengan kepelbagaian flora dan fauna yang signifikan untuk dipelihara,” katanya.

Mengulas lanjut, Len Talif menjelaskan, antara proses utama yang sedang diberi perhatian ketika ini ialah verifikasi status tanah serta penetapan sempadan kawasan bagi memastikan pewartaan dapat dilaksanakan secara tersusun.

“Proses ini dijangka dapat dimuktamadkan menjelang suku ketiga tahun 2026.

“Selepas pewartaan selesai, kerajaan akan menyediakan pelan pembangunan komprehensif yang memberi tumpuan kepada pemuliharaan alam sekitar, pembangunan ekopelancongan serta manfaat sosioekonomi kepada komuniti setempat,” tambahnya.

Cadangan pewartaan tersebut dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkukuh agenda pemeliharaan warisan semula jadi Sarawak di samping membuka peluang pembangunan lestari di kawasan Ulu Baram.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu