Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

KUANTAN – Hanya 234 kakitangan bukan Melayu berkhidmat dalam perkhidmatan awam kerajaan negeri Pahang.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri, Sim Chon Siang berkata, berdasarkan rekod semasa sehingga Mac, 10,086 pegawai dan kakitangan sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

Menurutnya, daripada jumlah itu, hanya 2.32 peratus terdiri daripada kakitangan bukan Melayu.

“Bagaimanapun secara keseluruhannya, bagi tempoh 2016 hingga 2025, perkembangan pengambilan kakitangan bukan Melayu dilihat stabil dan konsisten dengan anggaran sekitar 3 hingga 7 peratus setiap tahun,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Wong Tat Chee (ADUN Lantikan) berhubung rakyat bukan Melayu yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan awam kerajaan negeri Pahang pada persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Chon Siang berkata, komposisi perkhidmatan awam negeri bergantung kepada faktor penawaran calon, kesesuaian jawatan, keperluan perkhidmatan serta penyertaan pemohon daripada pelbagai kaum.

Katanya, tahun lalu, sebanyak 1,316 panggilan temuduga dibuat dan daripada 803 calon yang hadir, hanya tujuh calon atau 0.87 peratus terdiri calon bukan Melayu.

“Bagaimanapun kerajaan negeri sentiasa mengamalkan prinsip peluang yang adil, terbuka dan berasaskan merit dalam urusan pelantikan kakitangan.

“Pengambilan kakitangan perkhidmatan awam negeri juga tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan, kelayakan, keperluan jawatan serta peruntukan undang-undang dan dasar yang berkuat kuasa,” katanya.

Tambah beliau, walaupun berlaku turun naik, perubahan tersebut tidak menunjukkan sebarang peningkatan atau penurunan yang ketara.

“Keadaan itu mencerminkan bahawa penyertaan rakyat bukan Melayu kekal konsisten dalam komposisi pengambilan sedia ada,” katanya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu