Kerajaan Perpaduan tak goyah langsung dengan usul undi tak percaya, ada 153 daripada 222 sokongan MP – Zahid

KLUANG – Kerajaan Perpaduan optimis tidak goyah sekiranya Perikatan Nasional (PN) menyambut cabaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghantar usul undi tidak percaya kepada beliau pada sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan yang memerintah hari ini memiliki dukungan 153 daripada 222 ahli Parlimen, ini sekali gus sudah melangkau majoriti dua pertiga untuk kekal menerajui pentadbiran di Putrajaya.

“Saya yakin jika ada usul undi percaya atau undi tidak percaya sekali pun, Perikatan Nasional (PN) mempunyai jalan (ganggu kestabilan kerajaan). PN mempunyai jalan untuk mencari beberapa pendekatan bagi menggoyahkan kerajaan yang ada.

“Tetapi Kerajaan Perpaduan dengan adanya 153 dukungan ahli-ahli Parlimen ianya melebihi daripada dua pertiga majoriti kerana dua pertiga hanya 148 kerusi Parlimen.

“…dan kita yakin solidariti yang ada di dalam Kerajaan Perpaduan ini akan terus kukuh dan tidak goyah walau apapun yang cuba dilakukan oleh pihak pembangkang dalam PN,” tegas Presiden Umno itu.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Realisasi Rumah Mampu Milik Kluang: Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, pada Ahad.

Pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar pembangkang menghantar usul undi tidak percaya terhadap beliau pada Sidang Dewan Rakyat Oktober ini.

Perdana Menteri berkata pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesanya untuk melepaskan jawatan.

“Ada 30 orang suruh Anwar turun. Ingat negara dia tak ikut hukum. Nak turunkan sila, saya beri jaminan, ada usul sidang Parlimen pertengahan Oktober (14 Oktober).

“Bawa usul undi tidak percaya kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.. sempat, kalau lambat pun saya luluskan,” katanya.

Sebelum ini, beberapa perwakilan dan pimpinan Pas menuntut Anwar meletak jawatan pada Muktamar Tahunan ke-70 parti berkenaan di Temerloh, baru-baru ini.

Untuk rekod, pada Disember 2022, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun, mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas usul percaya dibentangkan di Dewan Rakyat.

Usul percaya itu bertujuan membuktikan Anwar daripada Pakatan Harapan (PH), yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022 mendapat sokongan ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah.

Berdasarkan sokongan mengikut parti, jumlah ahli Parlimen yang menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar ini ialah seramai 148 orang merangkumi daripada PH 82, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan Parti Srawak (GPS) 23, Gagasan Rakyat Sabah (GRS) 6, Parti Warisan (Warisan) 3, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM)  1, Parti Bangsa Malaysia (PBM) 1, dan Bebas 2 kerusi.

Related Posts

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang telah mengenal pasti ahli sindiket yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penjenayah bersenjata yang ditembak mati di Jalan Lintang Bukit Jambul, semalam. Menurut Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

BUTTERWORTH – Sebuah restoran nasi kandar di kawasan Seberang Perai Utara telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati terlalu kotor dan melanggar beberapa peraturan lain dalam Ops Bersepadu yang dijalankan pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

Ketua penjenayah ditembak mati, konco kini buruan polis

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat