Muktamar Pas ke-70 lahirkan pemimpin otak selut, pemikiran sampah

ALOR SETAR- Muktamar Tahunan Pas kali ke-70 yang diadakan di Temerloh baru-baru ini hanya melahirkan pemikiran sampah dan kepimpinan tidak matang.

Timbalan Pengerusi Amanah Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, muktamar pada kali ini menjadi sejarah parti itu kerana sangat memalukan.

Katanya, hasil pemikiran atau idea yang dilahirkan pada muktamar kali ini adalah menjijikkan jika dibanding dengan Pas dahulu.

“Ketua Pemuda Pas yang berlagak seperti hero pada muktamar itu telah membuka pekong kebodohannya sendiri apabila mendesak perdana menteri meletak jawatan. Mereka perlu mendalami perundangan dan bukannya boleh mendesak seperti menjatuhkan seorang pimpinan di kampung sahaja.

“Kebodohan perwakilan akhirnya menghasilkan pemikiran sampah dan menjijikan. Ini pasti memalukan Pas yang dikatakan berteraskan Islam. Sepatutnya pada muktamar seperti itu idea-idea pembaharuan dapat diterjemahkan terutamanya untuk membangunkan empat negeri di bawah kepimpinan Pas.

“Apatah lagi dengan wujudnya SG4 menjelaskan hala tujunya kepada ahli-ahli Pas pada masa itu. Bagaimanapun muktamar kali ini dijadikan medan untuk maki hamun dan menunjuk jaguh di gelanggang sendiri,” ujarnya.

Tambahnya lagi, Pemuda Pas hari ini tidak faham slogan yang mereka ungkap sebelum ini iaitu ‘Budaya Politik Matang’ tapi segala hujah mereka tidak nampak kematangan langsung.

Katanya lagi, siapa Afnan Hamimi yang mahu mempertikaikan kes liwat perdana menteri dengan menjerit dalam dewan semasa muktamar itu.

“Saya nak tanya pada Afnan siapa dia nak dibandingkannya dengan almarhum Datuk Fadzil Nor dan Datuk Nik Abdul Aziz? Kedua-dua tokoh itu mengaku kesemua itu adalah konspirasi politik dari rejim Tun Mahathir yang mahu menjatuhkan Anwar Ibrahim.

“Malah kedua-dua tokoh itulah yang turut berjumpa dan memberi semangat kepada Anwar dan keluarganya selepas tindakan zalim Tun Mahathir yang mereka sanjung hari ini.

“Siapa kamu yang baharu setahun jagung dalam politik mahu mempertikaikan kes liwat Anwar Ibrahim yang dianiayai berbanding dengan dua tokoh hebat Pas itu,” katanya.

Mahfuz berkata, beliau kecewa dengan Ketua Pemuda Pas itu yang mahu mainkan semula isu itu dan sekali gus mencalarkan sekali lagi maruah Anwar sekeluarga. Tindakan itu merupakan biadab dan membawa aliran politik busuk kepada ahlinya.

“Semasa hayat kedua tokoh itu telah bermujahadah menyatakan Anwar tidak bersalah malah turut menggerak Pas dan badan bukan kerajaan (NGO) dengan menubuhkan ‘Gerak’ untuk turun ke dataran menentang konspirasi itu.

“Kedua-dua tokoh itu turut turun menunjukkan sokongan mereka kepada Anwar yang dizalimi itu. Bagaimanapun pada hari ini Afnan pula cuba menghangatkan kembali konspirasi itu yang merupakan tindakan jijik, sampah dan busuk,” katanya.

Menurut Mahfuz, sebagai Ahli Parlimen Afnan perlu tahu proses demokrasi yang diamalkan oleh negara kita bagi menukar seseorang perdana menteri.

“Tapi dia seorang budak yang ‘cerodong’ tidak tahu apa yang dia cakap serta ilmu politik yang cetek. Sebenarnya Pemuda Pas tidak tiada modal untuk diketengahkan tetapi mengeksplotasi isu Anwar bagi menutup atau melindungi kelemahan dan kegagalan mereka sahaja,” ujarnya.

Tambahnya lagi, inilah kesan dari ahli Pas yang mempunyai otak selut akhirnya tidak pandai membawa hala tuju parti ke arah kemajuan atau persiapan hadapi pilihan raya masa depan.

“Pemuda Pas hari lebih suka membuka keaiban manusia sahaja seperti mana yang dilarang oleh Islam,” katanya.

Related Posts

Isu perebutan kuasa dalam PBB cuma spekulasi – Abdul Karim

KUCHING – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan dakwaan wujudnya persaingan senyap antara Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Sabah hormat pandangan Rahman Dahlan, tegas parti kekal bersatu hadapi PRN17

KOTA KINABALU – UMNO Sabah menghormati hak Datuk Rahman Dahlan untuk menyuarakan pandangan peribadinya, sambil menegaskan bahawa keterbukaan sedemikian adalah cerminan kematangan politik dalam parti yang berpegang teguh kepada prinsip…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM