PRK Mahkota mungkin penyebab PN pecah, Bersatu merudum – Puad

PILIHAN Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota mungkin menjadi Tanjung Piai 2.0, ini apabila Barisan Nasional (BN) menang besar di PRK Tanjung Piai pada 2019.

Kemenangan unggul itu akibat daripada Pakatan Harapan (PH) pecah susulan berlakunya Sheraton Move dan kerajaan PH tumbang, jangka Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit itu berkata, mungkin Mahkota menyebabkan Perikatan Nasional (PN) pecah dan Bersatu merudum.

“Pas tidak berani pinjamkan ahlinya jadi calon Bersatu di PRK Mahkota. Takut kalah kali kedua selepas PRK Nenggiri. Mungkin kalah lagi teruk.

“Maka terpaksalah Bersatu mencari calon lelaki sendiri. Ini peluang untuk membuktikan apakah Bersatu layak untuk jadi pengganti kepada UMNO.

“Mahkota pertemuan pertama UMNO lawan Bersatu di PRK. Bersatu gagal lawan Amanah di PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram. Pas gagal tawan Pelangai dari UMNO. Pas juga kehilangan Nenggiri kepada UMNO,” kata Puad dalam catatan di Facebooknya pada Ahad.

PRK Tanjung Piai berlangsung pada 16 November 2019 menyaksikan calon BN, Wee Jeck Seng menang besar dengan majoriti 15,086 undian, seterusnya mengambil alih semula kerusi Tanjung Piai, walaupun sebagai pembangkang ketika itu.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan