Gagasan Rakyat terus kekal pertahan kerusi pada PRN17

TAWAU – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) terus mengekalkan kerusi sedia untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Timbalan Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, setiap kerusi yang dipertandingkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat penting sama ada dipertandingkan atas tiket Gagasan Rakyat atau komponen parti.

“Selebihnya kita berbincang dari hati ke hati atas andaian parti yang mempunyai calon yang terbaik dan mempunyai keberangkalian tinggi untuk dia menang, itu kita sokong untuk bertanding.

“Kerana pada akhirnya tidak kira dari parti mana calon itu datang tapi akhirnya GRS itu sendiri yang memenangi kerusi yang dipertandingkan,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Apas 2024 di Grand Ballroom Royal Borneo Hotel di sini, pada Ahad.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, kekuatan Gagasan Rakyat tidak perlu dibimbangkan rakan komponen parti kerana Gagasan Rakyat berjuang untuk GRS.

“Kita tiada niat pun mahu mencuri ahli atau mahu merampas kerusi-kerusi yang telah dipegang oleh sahabat-sahabat kita dalam GRS ini.

“Malah usaha kita untuk memperkuatkan parti semata-mata agar sahabat-sahabat kita ini menang dalam PRN akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi juga berasa kagum atas pencapaian Gagasan Rakyat Bahagian Apas yang telah memperoleh lebih 11,000 keahlian dengan 183 Cawangan.

“Saya ingin ambil kesempatan ini ucap tahniah pada Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Apas, Datuk Nizam kerana menunjukkan kepimpinan dan menjadikan parti ini parti yang terkuat di Apas.

“Saya mengharapkan bahagian-bahagian lain di Sabah juga mencontohi langkah-langkah diambil Datuk Nizam dalam memperkuatkan parti serta sokongan rakyat bukan saja kepada parti tetapi juga kerajaan,” tambahnya.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil