Penyusutan 0.2 peratus bukan gambaran keyakinan pelabur terhakis – PM

TIDAK wujud soal keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara terhakis susulan ketidaktentuan dan penyusutan 0.2 peratus daripada keseluruhan pemodalan saham sebanyak RM2.3 trilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penyusutan itu bukanlah petanda sebenar Malaysia kehilangan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.

”Isu saham hanya sebahagian daripada kemasukan dana dan pelaburan.

“Thailand kehilangan empat kali ganda dari Malaysia iaitu 4,123 juta manakala Indonesia dua kali ganda pada 1.154 juta.

”Dengan perubahan pentadbiran di Amerika Syarikat (AS), memang ada sedikit pengeluaran yang sangat kecil iaitu 0.2 peratus daripada jumlah keseluruhan permodalan saham sebanyak RM2 trilion,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) bertanyakan mengenai sebab ramai pelabur asing menjual saham mereka di negara ini baru-baru ini kerana kononnya kerajaan didakwa menyembunyikan Titah Adendum berkaitan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, firma penyelidikan antarabangsa seperti Nomura Global Market, JP Morgan dan HSBC telah menaikkan taraf pengesyoran mereka untuk tujuan saham syarikat awam di Malaysia.

“Kita lihat umpamanya syarikat-syarikat yang ada, kalau mata penutup sehingga Februari 2025, memang jatuh 2.4 peratus di Malaysia, 6.1 peratus di Indonesia, 7.4 peratus jatuh di Filipina, 8.3 peratus jatuh di Thailand.

“Ini kesan yang menyeluruh di seluruh dunia, tetapi syarikat syarikat, baik institusi kewangan dan syarikat-syarikat masih mencatat keuntungan besar, Maybank peningkatan 9.7 peratus, CIMB 12.3 peratus, Public Bank, 5.8 peratus.

“Jadi gambaran tentang merudum kerana adendum ini mimpi apa ini? Angka dari mana? Dicedok dari mana? 0.2 peratus turun daripada RM2 trilion. Istilah jatuh dan merudum itu salah penggunaan bahasa yang saya faham,” katanya lagi.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda