Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

MUKAH – Perahu JOLAMAS milik Cobra Danau Team membuktikan keunggulan di litar air apabila dinobatkan sebagai juara kategori Raja Salui Lukut sempena Pesta Kaul Mukah 2026.

Kemenangan tersebut menyaksikan JOLAMAS berjaya mengetepikan saingan sengit lima perahu lain dalam acara kemuncak itu, sekali gus membawa pulang Piala Pusingan dan wang tunai berjumlah RM1,000.

Naib johan kategori utama itu menjadi milik perahu Booster 5 yang dimiliki oleh Banyao Samail, manakala Intan Permata 2 menduduki tempat ketiga.

Tiga lagi perahu yang mempamerkan aksi membanggakan iaitu Sikklon Tropika, Pak Wok 1, dan Lipas Kudong masing-masing menerima hadiah saguhati sebagai pengiktirafan kepada semangat kesukanan mereka.

Dalam pada itu, bagi kategori Harapan, perahu Koco Jang Koco muncul sebagai johan, manakala Layar Bertuah Satu dan Dendang Selayang masing-masing berpuas hati di kedudukan kedua dan ketiga.

Turut menerima saguhati bagi kategori tersebut ialah Rejang Sakti N58, Putera Kala Udan, serta Cahaya Alap-alap 2.

Majlis penyampaian hadiah kategori Harapan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine pada Ahad.

Manakala, hadiah bagi kategori kemuncak Raja Salui Lukut disampaikan oleh ADUN Balingian, Yakub Arbi yang juga merangkap Presiden Persatuan Melanau Mukah dan Pengerusi Pengelola Jawatankuasa Kaul Mukah 2026.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Melanau Mukah dengan kerjasama Armada Generasi Warisan Mukah ini mencatatkan sejarah tersendiri dengan penglibatan sebanyak 268 penyertaan secara keseluruhan.

Pesta Kaul Mukah terus kekal sebagai platform penting dalam memartabatkan warisan budaya masyarakat Melanau selain memperkukuh perpaduan dalam kalangan penduduk setempat.

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda