Pelancaran AirBorneo mampu tarik pelancong ke Sarawak – Abdul Karim

KUCHING – Pelancaran syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo mampu menarik lebih ramai pelancong ke Sarawak.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, pengumuman AirBorneo oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan kebanggaan rakyat Sarawak.

“Dengan mempunyai syarikat penerbangan sendiri iaitu AirBorneo, ia menjadi satu anjakan kepada industri pelancongan di Sarawak,” ujar beliau.

Tambah beliau, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak turut berkerjasama rapat dengan Sarawak Tourism Board (STB).

“Kementerian kita menerusi STB akan menggembeleng tenaga untuk menarik lebih ramai pelancong dari luar untuk datang ke Sarawak,” kata beliau ketika ditemui oleh media selepas merasmikan Hari Integriti Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak pada Khamis.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, AirBorneo akan fokus destinasi domestik seperti Sabah dan Semenanjung Malaysia.

“Saya percaya AirBorneo mempunyai perancangan untuk meluaskan destinasi dari Timur Tengah, Eropah, China, Korea dan Jepun,” kata beliau.

Selain itu, pihak kementeriannya bersama-sama STB akan mempromosi ‘booklet’ yang mempamerkan destinasi menarik di Sarawak.  

“Kita juga akan merancang lebih banyak program pelancongan yang menarik di Sarawak yang akan menarik minat pengunjung ke Sarawak,” ujar beliau lagi.

Semalam, Abang Johari mengumumkan nama baharu AirBorneo sebagai syarikat penerbangan milik Sarawak selepas mengambilalih MASWings daripada Malaysia Aviation Group (MAG).

Pengumuman beliau mengenai AirBorneo mampu menjadikan Sarawak sebagai pintu gerbang ASEAN sekali gus memberi manfaat kepada rakyat Sarawak itu sendiri. 

Related Posts

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

KUANTAN – Pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan maut bukan hanya mengancam nyawa pengguna jalan raya yang tidak bersalah, malah memberi bebanan ekonomi kepada waris mangsa. Tindakan memandu dalam keadaan mabuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

RANAU – Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Timbua sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda