Pendedahan RCI bukti wujud perbuatan khianat kepada negara

PUTRAJAYA – Pendedahan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan membuktikan wujudnya kelemahan sehingga negara terlepas daripada memiliki Batu Puteh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendedahan itu menegaskan bahawa tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), bukan perkara ringan dan jelas menunjukkan wujudnya kelemahan.

Beliau berpadangan, seharusnya tanah air milik negara tidak boleh terlepas dengan begitu mudah kepada negara lain, selain menunjukkan satu perbuatan khianat kepada Malaysia.

“RCI itu mendedahkan kelemahan, bahkan dari satu sudut pengkhianatan yang berlaku kerana setiap inci tanah kita itu patut kita perjuangkan habis-habisan.

“Bagaimanapun, nampaknya ada satu kegagalan. Ini didedahkan (dalam RCI),” katanya ketika ditemui media selepas solat Jumaat di Surau Al-Manar, Presint 14, hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra serta makan tengah hari bersama rakyat di Q Bistro, Presint 15.

Sehubungan itu, tindakan susulan daripada pendedahan oleh RCI diserahkan mengikut proses undang-undang yang perlu dihormati oleh pelbagai pihak.

“Bagi saya, bukan satu perkara yang ringan iaitu apa-apa kesalahan yang terbabit dalam soal menyerahkan kedaulatan dianggap satu pengkhianatan besar kepada negara,” katanya

Terdahulu, RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Mahathir.

Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Suruhanjaya itu menyatakan, siasatan jenayah boleh dimulakan ke atas Mahathir mengikut Seksyen 415(b) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 417 dan Seksyen 418 kanun yang sama.

Amanah Johor juga hari ini bersetuju agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disiasat berhubung peranannya dalam isu tuntutan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, seperti yang disarankan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Pengerusinya, Aminolhuda Hassan berkata, siasatan RCI berkenaan mendapati telah Mahathir membuat keputusan sepihak apabila mahu semakan semula kes tuntutan berkenaan dihentikan.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda