Umat Islam harus bersama Palestin tentang larangan azan

PUTRAJAYA – Palestin harus melancarkan penentangan keras terhadap arahan menteri Israel yang meminta pihak berkuasa merampas pembesar suara dan mengenakan denda kepada pihak masjid.

Presidennya Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan, langkah itu akan mengundang kemarahan umat Islam kerana jelas Israel menafikan hak agama kepada umat Islam di Jerusalem.

Jelasnya, alasan yang diguna oleh Israel bahawa azan yang selama ini dikumandangkan ‘menganggu’ ketenteraman penduduk Yahudi hanya alasan untuk menekan umat Islam dan menghapuskan hak amalan agama.

“Kami mendesak pemimpin negara-negara Islam bertindak tegas untuk membantah arahan Israel.

“Kami mengesa semua negara Islam memutuskan sebarang hubungan sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mohd Azmi juga menggesa seluruh masjid di dunia bangkit membantah keras arahan melarang azan oleh Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir.

“Beliau (Itamar) mengarahkan pihak polis Israel untuk melarang masjid melaungkan azan dengan alasan ia ‘mengganggu; penduduk Yahudi. Ini adalah provokasi untuk mencetus kemarahan umat Islam,” katanya. 

Related Posts

Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Akta Hasutan masih diperlukan khususnya dalam kes melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), namun tidak wajar disalahgunakan terhadap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendekatan bersasar tangani isu subsidi, ekonomi kekal terkawal – Fahmi

KUALA LUMPUR – Pendekatan kerajaan dalam menangani isu subsidi pada masa ini adalah lebih bersasar dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh, bagi memastikan kestabilan ekonomi negara terus terpelihara, kata Menteri Komunikasi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data