Belum ada keputusan premium insurans naik, masih dirunding bersama BNM

PUTRAJAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) dalam proses rundingan dengan pihak berkaitan berhubung kenaikan premium insurans perubatan antara 40 dan 70 peratus pada tahun depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, BNM hanya akan memuktamadkan kadar premium insurans itu setelah rundingan semula diadakan dengan pihak berkaitan.

“Sebenarnya laporan BNM mahu muktamadkan (premium insurans) sepenuhnya, setelah berunding balik (dengan pihak insurans).

“Sehubungan itu, setakat ini prosesnya masih dirunding semula,” katanya ketika ditemui media selepas solat Jumaat di Surau Al-Manar, Presint 14, hari ini.

Sebelum itu, Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra serta makan tengah hari bersama rakyat di Q Bistro, Presint 15.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen blok kerajaan menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) mengawal dan menyiasat kenaikan 40 hingga 70 peratus caj premium insurans kesihatan yang dikenakan kepada pengguna.

Pada masa sama, perkara itu turut disuarakan oleh Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira yang memaklumkan kenaikan mendadak caj premium insurans kesihatan dilihat akan menyebabkan peningkatan kebergantungan kepada sistem penjagaan kesihatan awam yang sudah terlalu terbeban ketika ini.

Katanya, pemegang polisi insurans yang tidak mampu membayar premium tinggi terpaksa memilih sistem penjagaan kesihatan awam.

Sebelum itu, Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Jose Rizal berkata, kenaikan had tahunan yang munasabah bagi kadar premium insurans kesihatan perlu dihadkan menerusi mekanisme kawalan harga bagi melindungi orang ramai, khususnya pekerja sektor gig yang semakin tertekan.

Jelasnya, kadar premium insurans tambahan untuk pemandu e-hailing terus meningkat mendadak melebihi 40 peratus setiap tahun tanpa justifikasi yang jelas daripada pihak tersebut.

Pada 28 November lalu, BNM mengarahkan syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.

Ia termasuk menguruskan kenaikan premium atau sumbangan dengan mengambil kira impak terhadap pemegang polisi takaful.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

PEMERGIAN Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin satu kehilangan besar buat negara. Perkara itu diluahkan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari yang berkata, Allahyarham banyak menyumbang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy