Nurul Izzah, Puteri Reformasi berdiri atas kredibiliti sendiri

FIGURA seorang Nurul Izzah Anwar mempunyai kewibawaan dan kredibiliti sebagai seorang pemimpin kerana pernah diuji hebat sepanjang lebih 25 tahun dalam bidang politik sekali gus menolak dakwaan nepotisme ke atas beliau.

Penganalisis Politik, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian berkata, Nurul Izzah digelar ‘Puteri Reformasi’ kerana pembabitan beliau sejak PKR ditubuhkan sehingga kini dalam tugasnya mencorakkan masa depan parti.

“Nurul Izzah harus dilihat sebagai tenaga utama kerana, beliau memahami idealisme perjuangan parti sejak dari awal penubuhan PKR dan kita tidak boleh melabel situasi ini sebagai nepotisme kerana beliau mempunyai kewibawaan, reputasi, kredibiliti sebagai seorang pemimpin pernah diuji, ketika bapanya berada di penjara bagaimana beliau memastikan kelangsungan parti.

“Beliau juga mempunyai ciri-ciri kepimpinan bagi menerajui jawatan kedua ini” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press pada Khamis.

Rata-rata pemimpin PKR tampil menyatakan sokongan buat Naib Presiden parti itu, Nurul Izzah Anwar diberikan laluan untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Nurul Izzah berkata beliau akan membuat keputusan berhubung gesaan akar umbi agar beliau bertanding jawatan itu pada pemilihan parti bagi penggal 2025–2025

Mengulas lanjut, Sivamurugan berkata, Nurul Izzah berpotensi meletakkan PKR dilandasan yang tepat berdasarkan komitmen beliau dalam isu-isu kemanusiaan dan lain-lain sehingga ke peringkat global.

Tambah beliau, keberadaan Nurul Izzah bertindak sebagai ‘pengharmoni suasana’ dan berpotensi menyuntik nafas baru demi masa depan PKR yang lebih baik.

“Malahan berdasarkan kepada pengalaman, kemampuan serta keupayaan beliau, sudah pasti itu harus dijadikan sebagai nilai tambah kepada masa depan parti.

“Dan barangkali dengan tidak memegang jawatan dalam kerajaan beliau berpotensi untuk mencorakkan masa depan parti dan merapatkan jurang generasi yang wujud, menarik golongan muda, menarik wanita untuk berpartisipasi dalam politik tanah air,” katanya

Beliau berkata, ia turut mencerminkan persaingan sihat dalam PKR dan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli sendiri perlu akur berikutan ramai pemimpin parti memberikan sokongan penuh buat Nurul Izzah.

“Mereka yang akan mengundi nanti boleh bandingkan (buat pilihan)…. akses harus dibuka kepada Nur Izzah untuk memastikan PKR kekal sebagai salah satu parti harus Perdana di dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRK16).

“Beliau tahu susur-galur perjalanan parti dan tahu masa depan parti….barangkali ini juga persediaan negara ke arah untuk membolehkan parti dengan Perdana Menteri Wanita buat kali pertama nanti,” katanya.

Pada Rabu, Rafizi yang juga merupakan Menteri Ekonomi mengesahkan akan terus mempertahan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu hujung bulan ini.

Beliau turut mengalu-alukan pencalonan mana-mana pemimpin lain yang mahu merebut jawatan nombor dua parti itu.

Pemilihan kepimpinan pusat PKR dijadualkan berlangsung pada 24 Mei ini, dengan proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan pusat parti diadakan pada 8 dan 9 Mei.

Related Posts

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui wujud kebimbangan mengenai penganjuran pameran aset dan teknologi pertahanan terutama berkait persenjataan yang boleh membawa kemusnahan. Bagaimanapun, beliau yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis