NADMA salur Bantuan Wang Ihsan melalui BSN, Samsuri janji apa pula tahun ni?

KEPUTUSAN Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengubah kaedah penyaluran Bantuan Wang Ihsan (BWI) oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mangsa banjir menggunakan penyaluran secara terus melalui akaun bank Simpanan Nasional (BSN) merupakan satu inisiatif yang sangat baik.

Berbalik kepada situasi di Terengganu, kaedah sebelum ini melalui pejabat daerah dan juga Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di bawah Kerajaan Negeri sering menimbulkan polemik dan manipulasi politik pihak Kerajaan Negeri.

Seringkali berlaku keciciran dan juga pengagihan secara tidak adil kepada mangsa banjir. “Hok rumoh die tok banjir pun bahang pitih banjir jugok sebab JPKK beri nama.”

Seringkali juga berlaku Kerajaan Negeri mengambil kredit daripada pemberian BWI ini dengan mengatakan ini adalah duit daripada Kerajaan Negeri dengan memanipulasi pejabat daerah dan JPKK Kerajaan Negeri sedangkan ini adalah peruntukan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar juga sebelum ini sering menguar-uarkan bantuan banjir akan disalurkan oleh Kerajaan Negeri sedangkan pemberian bonus kakitangan awam Terengganu baru-baru ini pun dibuat oleh Perdana Menteri sendiri.

Kalau bonus kakitangan awam pun Kerajaan Pusat yang beri, bagaimana Samsuri boleh berjanji bulan bintang untuk beri bantuan banjir?

“Kiter nok tengok Samsuri janji mende pulok tahun ning ke mangsa banjir, ke padan bahang pitih pusat ngaku pitih negeri?”

Related Posts

Subsidi untuk rakyat, bukan untuk ketirisan: Fakta yang perlu diketahui

KENYATAAN terbaharu Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Dr Tengku Mohammad Fakhruddin yang cuba menggambarkan kenaikan harga diesel sebagai bukti kerajaan tidak berempati terhadap rakyat sebenarnya adalah naratif politik yang tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga minyak dunia: Siapa sebenarnya menipu umat Islam?

KALI ini, rakyat perlu bertanya semula siapa sebenarnya yang sedang menipu umat Islam? Apabila harga minyak dunia meningkat, semua negara terkesan. Negara kaya, negara miskin, negara Islam, negara bukan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis