Bonus raya penjawat awam, kerajaan Terengganu harus beri lebih tinggi daripada Perak, Pulau Pinang

NEGERI Pulau Pinang antara negeri terawal mengumumkan pemberian bonus hari raya kepada penjawat awam negeri di mana setiap daripada penjawat awam Pulau Pinang akan mendapat bonus sebanyak RM1,000.

Diikuti pula dengan negeri Perak yang mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam mereka.

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Menteri Besar Terengganu juga seharusnya mengumumkan pemberian bonus kepada kakitangan awam Terengganu, bahkan jumlahnya mestilah melebihi Pulau Pinang dan Perak.

Pulau Pinang negeri yang diperintah oleh parti DAP sejak 2008 dan umum mengetahui Ayoh Chik Rusiler sangat membenci parti DAP.

“Tapi Ayoh Chik, DAP beri bonus RM1,000 ke kakitangan awam dia, Terengganu kene beri tinggi agi ar, tok kan nok kaloh ke Cina DAP komunis kan?” bak kata orang Terengganu.

Begitu juga dengan kerajaan Perak, walaupun diterajui oleh BN tetapi BN berkoalisasi dengan PH untuk membentuk kerajaan negeri pada tahun 2022.

“Perak hok DAP dengan BN perintoh buleh beri RM1,500, doh guane gitu, Ayoh Chik benci ngat ke DAP tapi tiap-tiap tahun boleh beri bonus. Ni Dr Sam, PMX pulok hok umum beri RM500 baru ni, bakpe jadi gitu Ayoh Chik?

Harapannya penjawat awam Terengganu dapatlah merasa bonus pada raya tahun ini, jangan sampai PMX pula kena turun ke Terengganu sekali lagi untuk umumkan bonus yang duit bonus itu daripada Perbendaharaan Persekutuan bukan Perbendaharaan negeri.

Related Posts

Siapa sebenarnya takut had kuasa 10 tahun?

CADANGAN mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun bukanlah isu kecil. Ia adalah langkah reformasi institusi yang besar bertujuan memastikan kuasa eksekutif tidak berpanjangan tanpa sempadan. Namun apabila…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Angka meningkat, tetapi adakah rakyat turut merasainya? Menilai prestasi sebenar ekonomi Terengganu

KEBELAKANGAN ini, pelbagai laporan memaparkan peningkatan hasil negeri dan angka pelaburan di Terengganu sebagai bukti kejayaan pentadbiran negeri termasuk kenyataan dari bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dalam podcast Keluar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

‎Kerajaan Sabah terus perluas liputan digital inklusif

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit