KEPUTUSAN kerajaan untuk membekalkan kampit beras putih tempatan (BPT) bersubsidi dengan harga RM26 sekampit 10 kilogram merupakan satu inisiatif yang sangat baik daripada pihak kerajaan.
Keputusan ini juga bertepatan dengan kehadiran bulan Ramadan yang mulia di mana ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan sedikit sebanyak tanggungan ekonomi rakyat.
Arahan terus daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini meminta supaya pengagihan kampit beras ini kepada rakyat disegerakan secepat mungkin membuktikan bahawa Kerajaan Madani di bawah Perdana Menteri prihatin mengenai keperluan rakyat terutama kelompok miskin dan miskin tegar bahkan inisiatif ini menyasarkan kepada kelompok rumah miskin dan miskin tegar yang menjadi kumpulan sasar utama yang dibantu dalam model Ekonomi Madani.
Namun begitu sedikit sebanyak kekangan yang berlaku dalam perlaksanaan program ini tidak sepatutnya dijadikan isu,kerajaan telah berusaha dengan sebaiknya untuk memastikan bahawa bekalan mencukupi sampai ke seluruh negara
Kepada rakyat yang tertunggu-tunggu kehadiran beras tempatan ini, bersabarlah sedikit seperti mana juga dianjurkan supaya banyak bersabar di bulan Ramadan yang mulia ini. Kerajaan Madani akan menunaikan janji.





