Mana Yusuf Azmi Semboyan, tanya netizen

NETIZEN ketika ini sedang hangat mempersoalkan kehilangan Yusuf Azmi Semboyan yang dianggap paling ‘menggelupur’ apabila isu berkaitan Raja-Raja Melayu disentuh.

Walaupun Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang menzahirkan kemurkaan dan terkilan terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM) masih membisu dan kehilangannya masih dianggap misteri.

Menerusi komen di media sosial, rata-rata netizen secara sinis menyindir adakah disebabkan Yusuf yang ketika ini penyokong kuat kepada Perikatan Nasional (PN) menjadikan pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu buta dan lebih ‘mengagungkan’ Muhyiddin berbanding Raja Melayu.

“Dia ini semboyan dan jadi semburit, adik beradik dengan din (Muhyiddin) cirit,” kata Afral Abdullah.

“Bila Si Kitol Melayu buat , terpaling Melayu pasti bekap. Semboyan jadi Sembonyi. Tapi bila Type C buat boleh jadi ugutan pedang samurai, bom, menggeletar semua kena kat DAP selama berbulan bulan,” tulis Nazisrael di Twitter.

“Dia ni mcm tak berapa peka isu-isu yang melibatkan kesilapan PN. Menghina mantan DYMM YDPA (Yang di-Pertuan Agong) pun dia buat pekak,” kata zarfuhi13.

Malah, ada netizen yang menyedari bahawa Yusuf sudah ghaib sejak kepimpinan tertinggi PN menyentuh isu berkenaan 3R (kaum, agama, raja).

“Musibat ini dah hilang lama dah, sejak Nusibat (Muhammad Sanusi Md Nor) buat hal dengan Sultan Selangor lagi,” kata ruhseen.

“Aku rasa dia ini sudah lama ghaib sejak puak-puak Pas dan Bersatu menyentuh Raja-Raja Melayu. Sejak dan geng dengan PN, menyepi terus langsung tidak mahu tegur pemimpinnya yang gemar menyentuh isu 3R,” tulis samreen di Facebook.

Sebelum ini, tular ucapan Muhyiddin ketika berkempen di DUN Nenggiri yang mendakwa beliau sudah mendapat 115 sokongan ahli Dewan Rakyat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata, sokongan yang peroleh itu membolehkan beliau diangkat sebagai perdana menteri namun tidak dipanggil oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah.

Ceramah oleh Presiden Bersatu itu didakwa secara sengaja mencetuskan suasana tidak harmoni dengan menyentuh isu 3R merujuk raja, agama dan kaum dalam kempen politik.

Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Sinar harapan pesakit HIV: Rawatan moden kembalikan kualiti hidup, hentikan stigma   

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman