Malaysia-China laksana pertukaran kandungan kreatif

PUTRAJAYA – Malaysia dan China akan melaksanakan pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara kedua-dua negara hari ini.

MoU itu ditandatangani antara Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dengan Menteri Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional China, Cao Shumin bagi meningkatkan kerjasama dalam bidang media dan penyiaran.

Fahmi berkata, fokus akan diberikan kepada kandungan menonjolkan budaya, pelancongan dan makanan kedua-dua negara.

“Saya sudah minta pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) meneruskan perbincangan dengan agensi yang sejawat dengan RTM supaya kita boleh, sebagai sebuah negara yang akan mempengerusikan Asean, mengambil kesempatan menonjolkan Malaysia termasuk kepada penonton di China, juga mengambil kesempatan bersempena dengan program Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Fahmi yang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke China bermula hari ini berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis resepsi dianjurkan Kedutaan Malaysia di China.

Terdahulu, Fahmi mengadakan pertemuan hampir sejam dengan Cao di ibu pejabat agensi itu dan membincangkan pelbagai perkara melibatkan kepentingan bersama dalam bidang penyiaran.

Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional (NRTA) ialah agensi kerajaan pusat peringkat kementerian secara langsung di bawah Majlis Negeri Republik China yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran dan penyeliaan perkhidmatan radio, televisyen dan program audiovisual dalam talian di negara itu, serta promosi pembangunan perindustrian.

Fahmi berharap melalui MoU itu, lebih banyak kerjasama dalam penghasilan kandungan kreatif dapat dicapai, selain penganjuran pelbagai aktiviti dan program bagi mengeratkan lagi persahabatan kedua-dua negara yang menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik tahun ini.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎