SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian Ekonomi dan sebuah syarikat dari United Kingdom.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, bekas Menteri Ekonomi itu dijadual hadir untuk dirakam percakapan pada Isnin ini, jam 10 pagi.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan.

Katanya, tindakan memanggil Rafizi dibuat selepas pembantunya, James Chai, selesai dirakam keterangan selama tiga hari berturut-turut minggu ini.

“Sebanyak 22 keterangan telah diambil, termasuklah dalam kalangan menteri dan juga pegawai kanan beberapa agensi kerajaan sejak siasatan dimulakan pada 13 Februari 2025.

“Minggu lalu kita sudah merakam keterangan daripada James Chai selama tiga hari berturut-turut bermula Selasa lalu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

SPRM membuka kertas siasatan pada 16 Februari lalu susulan aduan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian projek berkenaan dibuat secara tergesa-gesa dan berat sebelah sehingga berpotensi menjejaskan kewangan kerajaan.

Pada 1 April lalu, suruhanjaya itu turut memberi tempoh dua minggu kepada James Chai yang berada di London untuk pulang membantu siasatan, dengan kos penerbangan ditanggung pihak SPRM.

Selain itu, siasatan juga meneliti kemungkinan wujud konflik kepentingan membabitkan individu tertentu yang didakwa memegang jawatan dalam syarikat asing berkenaan selepas meninggalkan perkhidmatan di sebuah kementerian.

Related Posts

UMNO raih lonjakan keahlian baharu hampir 14,000 orang

KUALA LUMPUR – UMNO mencatatkan peningkatan ketara keahlian apabila seramai 13,954 individu menyertai parti itu melalui sistem pendaftaran dalam talian sejak diperkenalkan pada 22 April lalu. Setiausaha Agungnya, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

ALOR SETAR – AMANAH menggesa kerajaan meneliti semula kewajaran penganjuran Festival Muzik Air ‘Rain Rave 2026’ yang didakwa tidak selari dengan budaya serta norma masyarakat Malaysia. Setiausaha Agungnya, Muhammad Faiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

‎UMNO 80 tahun: Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎

‎UMNO 80 tahun:  Perlu perubahan strategik demi kekal relevan – Salleh ‎