Kerajaan Madani sedang berperang dengan rasuah, penyelewengan

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Kerajaan Madani di bawah kepemimpinannya ketika ini sedang berperang dengan rasuah dan penyelewengan.

Perdana Menteri berkata, sebagai pemimpin negara, beliau mahu gejala itu dihapuskan demi pembangunan Malaysia lebih baik.

“Kerajaan Madani berperang sekarang dengan rasuah, penyelewengan.

“Orang membicarakan mengenai Islam, tapi (mereka) merompak hasil kekayaan negara kita hingga berbilion ringgit.

“Saya tidak mahu hal ini berlaku, perlu ada pengajaran. Mustahil kita semak setiap kontrak (tender), jadi akan ada ketirisan dana, negara mana mampu maju jika ada ketirisan ratusan juta, berbilion ringgit,” katanya.

Beliau menegaskan setiap pemimpin seharusnya memberi contoh yang baik kepada rakyat bagi mengangkat darjat Islam dalam negara serta tata kelola yang cekap dan pantas.

“(Adakah) Jika pemimpin menjadi Perdana Menteri atau Menteri Kewangan mesti memiliki ratus juta.

“Bila kita minta mengisytiharkan harta, (dia) marah.

“Tetapi, saya jika diminta mengisytiharkan harta, esok saya isytihar, baru jadi pemimpin contoh,” katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Lot 37856 Jalan Alam Sutera, Taman Alam Sutera Bukit Jalil di sini, hari ini.

Kompleks baharu SMISTA bernilai RM70 juta dijangka siap pada 2028 boleh memuatkan sehingga 576 pelajar, 130 guru berbanding kapasiti sedia ada iaitu hanya mampu menampung 363 pelajar dan 86 guru termasuk pengurusan sekolah.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Pada masa sama, Anwar berkata, seluruh jentera kerajaan dan swasta perlu dibersihkan daripada gejala itu demi masa depan yang baik untuk negara.

“Kita mampu (menangani rasuah), tetapi syarat seluruh jentera harus dibersihkan, kadang-kadang tazkirah banyak, pakai kopiah putih ramai, tetapi yang sakau (curi) juga ramai, ini membuatkan kita pening.

“Jangan pandang ringan, kadang-kadang saya beritahu kawan-kawan untuk perangi lawan rasuah pun tidak kena, yang pertahankan rasuah besar pun tak kena. Saya tak faham apa yang kurang di Malaysia ini,” katanya.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

Klinik Kesihatan Gunung Besout terima ambulans baharu, pertingkat respons kecemasan luar bandar

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

AMANAH gesa kerajaan kaji semula Festival Muzik Air Rain Rave 2026

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Kerajaan rancang tambah 81 Wellness Hub, capai 119 keseluruhan

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Salah lega lepas buat keputusan tamat kontrak dengan Liverpool

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI

Pelajar Tingkatan 6 hargai elaun RM250, bukti keprihatinan Kerajaan MADANI