Lebih 100 maut gempa bumi Xizang

LHASA – Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat jam 7 malam tadi, susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda Daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pada pagi Selasa, lapor Xinhua.

Kementerian Keselamatan Awam China segera melancarkan langkah tindak balas bencana, menggerakkan pasukan polis tempatan untuk operasi menyelamat, mengawal lalu lintas, dan memastikan keselamatan awam berikutan gempa bumi itu.

Pusat arahan kecemasan wilayah itu mengumumkan bahawa tindak balas kecemasan gempa bumi di Xizang dinaikkan ke Tahap I, tahap tertinggi.

Sementara itu, China mengerahkan beberapa satelit penderiaan jauh untuk merakam imej kawasan terjejas.

Lapan satelit – termasuk siri Gaofen dan satelit pemantauan ekosistem karbon daratan – digerakkan untuk memantau kawasan berkenaan, menurut Pusat Data dan Aplikasi Satelit Sumber China.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 9.05 pagi (Waktu Beijing), dengan pusat gempa terletak di Kawasan Perbandaran Tsogo, Daerah Dingri, Bandar Xigaze.

Sebanyak 27 kampung dengan kira-kira 6,900 penduduk berada dalam lingkungan 20 kilometer dari pusat gempa.

Data rasmi menunjukkan Daerah Dingri mempunyai populasi lebih 61,000 orang.

Lebih 3,400 penyelamat dan 340 petugas perubatan dikerahkan ke kawasan bencana, menurut sidang media mengenai gempa bumi itu.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

  • By Ynom
  • May 4, 2026
Sambutan Kaamatan penting dalam memelihara, perkukuh warisan budaya

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

AI bukan sekadar teknologi, tetapi pemacu masa depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

United kalahkan Liverpool, sah layak ke UCL musim depan

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

UMNO guna strategi ‘luar kotak’ pikat pengundi muda

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

12 laporan polis, suspek hina Sultan Selangor akhirnya dicekup

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk