Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand tahun lalu

BANGKOK – Thailand merekodkan lebih 35 juta pelancong antarabangsa tahun lalu, melepasi sasaran kerajaan ketika negara itu berusaha memulihkan ekonominya yang lembap, menurut pegawai kerajaan semalam.

Sektor pelancongan adalah bahagian penting ekonomi Thailand dan menyumbang hampir 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bergelut sejak pandemik Covid-19 dan perubahan tabiat pelancong.

Kementerian Sukan dan Pelancongan Thailand berkata, lebih 35 juta pelawat tiba di negara ini pada 2024, kurang sekitar empat juta berbanding tahap tertinggi sebelum pandemik pada 2019.

China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand – setelah mengalami penurunan pasca-pandemik – dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti Malaysia dan India.

Kerajaan Thailand – terkenal dengan pantai yang mempesona dan kuil ikoniknya – menjana lebih 1.6 trilion baht (AS$46 bilion) daripada perbelanjaan pelancong pada 2024, menurut Menteri Pelancongan, Sorawong Thienthong.

Di bawah bekas Perdana Menteri Srettha Thavisin, kerajaan memperkenalkan beberapa langkah untuk menarik pelancong asing, termasuk program visa percuma untuk pelancong dari China dan India.

Selepas melebihi sasaran 35 juta pelancong pada 2024, kerajaan Thailand menetapkan sasaran baru sebanyak 39 juta pelawat untuk tahun ini.

Related Posts

Trump sedia tangguh pelaksanaan tarif import

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau mungkin menangguhkan lagi pelaksanaan tarif import terhadap beberapa negara melepasi tarikh baharu ditetapkan pada 1 Ogos, lapor Agensi Berita Jerman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS umum tarif import 25 peratus untuk Malaysia

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan tarif import sebanyak 25 peratus akan dikenakan terhadap Malaysia bermula 1 Ogos ini. Trump berkata langkah itu perlu diambil untuk ‘melindungi industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI