KPT jejak pelajar sampai ke rumah, ibu bapa terharu

KOTA BELUD – Inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menjejaki pelajar B40 sehingga ke rumah susulan 17 daripada 25 pelajar yang layak menerima Bantuan Dermasiswa B40 belum mengesahkan tawaran masuk ke Universiti, menerima pelbagai reaksi ibu bapa penerima. 

Madlin Awang, 57, yang merupakan ayah kepada antara seorang penerima menzahirkan rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada  KPT atas inisiatif ini.

“Syukur alhamdulillah, saya terkejut apabila Datuk Mustapha Sakmud membuat jelajah seperti ini untuk menjejaki pelajar yang ditawar ke UPU. 

“Jadi saya sangat menyokong supaya nanti pelajar itu tidak tercicir. Maksudnya walaupun pelajar memilih untuk ke Tingkatan Enam yang penting kita tahu mereka ke mana.

“Jangan pula bila kita tidak jejaki, kita tidak tahu ke mana, rupa-rupanya mereka tidak mahu belajar. Itu kita takuti,” katanya.

Beliau merupakan ayah kepada Siti Nurfarrahin Marlin, yang menerima Surat Tawaran Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) beserta Dermasiswa secara langsung daripada KPT, di sini pada Sabtu. 

Turut berkongsi rasa syukur, ibu kepada pelajar, Ummi Umairah Yaakob iaitu Salmiah Tertib, 52, kepada KPT dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) kerana memberi peluang anaknya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada KPT terutama Datuk Mustapha Sakmud sebab mengambil inisiatif yang baik sebab ini lebih kurang satu penghargaan pada keluarga yang berusaha untuk anak-anak dia.

“Terima kasih juga kepada UMS sebab memberikan kami ruang dan peluang pada anak saya ini untuk melanjutkan pelajaran.  

“Saya harap program seperti ini akan dilanjutkan lagi di masa hadapan,” katanya.

Tambah Samitah, beliau tidak menolak minat anaknya dalam program seperti Teknologi Maklumat (IT) dan Kecerdasan Buatan (AI) kerana itu merupakan prospek yang penting dalam dunia sekarang.

“Memandangkan sekarang ini IT adalah satu hal yang penting seperti AI. Jadi saya rasa IT ini akan memberi dia peluang untuk lebih maju dan dia punya potensi dan prospek untuk kedepan itu lebih banyak,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar Asasi UMS, Siti Nurul Heznih Saibi, 18, turut berkongsi program Teknologi Maklumat merupakan cita-citanya dan menjadi pilihan pertama dalam mengisi UPU.

“Saya sangat bangga apabila dapat masuk dalam asasi teknologi maklumat sebab ini merupakan cita-cita saya untuk menjadi siber sekuriti.

“Saya sangat berterima kasih kepada kementerian kerana telah mengambil berat kepada saya dan beri sokongan kepada saya untuk menyambung pelajaran ke UMS,” ujarnya. 

Jelasnya, inisiatif ini dapat membantunya dari segi kewangan ketika menyambung pelajaran di UMS kelak.

Related Posts

Pengunjung puji keunikan Taman Negara Niah, sokong usaha naik taraf

MIRI – Pengunjung dari Sabah yang berkunjung ke Taman Negara Niah menyifatkan destinasi berkenaan sebagai antara lokasi pelancongan unik yang wajar terus dipelihara dan dipertingkatkan kemudahannya. Runikah Salion, 28, penjawat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KBSK pantau Kod Sukan Selamat, jamin keselamatan pelajar

TAWAU – Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah terus memperhebat pemantauan pelaksanaan Kod Sukan Selamat di peringkat sekolah atau di bawah institusi pendidikan. Menterinya, Datuk Nizam Abu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

Pengunjung puji keunikan Taman Negara Niah, sokong usaha naik taraf

Pengunjung puji keunikan Taman Negara Niah, sokong usaha naik taraf

KBSK pantau Kod Sukan Selamat, jamin keselamatan pelajar

KBSK pantau Kod Sukan Selamat, jamin keselamatan pelajar

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Sarawak tawar pendidikan tinggi percuma, bantuan khas RM876.2 juta

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air