Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penganjuran edisi ke 19 kali ini meningkat berbanding pada 2024 iaitu melibatkan 1,324 buah syarikat dari 60 negara pada edisi 2024.

Menurut beliau, ia membuktikan DSA kekal kukuh sebagai platform terbuka dan berkecuali walaupun dunia berdepan suasana tidak menentu serta konflik di Asia Barat.

“DSA dan NATSEC Asia 2026 bertemakan Memperkasa Keupayaan dan Ketahanan Menerusi Teknologi yang menekankan teknologi moden sebagai teras pertahanan dan keselamatan masa hadapan.

“Walaupun kita berhadapan dengan keadaan tak menentu dan konflik di Asia Barat, kita gembira kerana penganjuran DSA ini masih dapat diteruskan dan saya percaya seperti sebelum ini, DSA akan terus muncul sebagai acara yang sangat penting serta berjaya dianjurkan walaupun berdepan pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melihat persiapan acara itu di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, penganjuran kali ini turut menyediakan 37 pavilion negara berbanding 38 pada edisi lalu susulan penarikan diri Iran pada saat akhir.

“Negara yang mengemukakan penyertaan terbesar tahun ini ialah Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu, Itali, Amerika Syarikat, India dan juga Republik Korea.

“Dari segi saiz pavilion, China mencatat penyertaan terbesar dengan 192 syarikat, diikuti Turkiye (87) dan Amerika Syarikat (83) selain lima pavilion baharu dari Croatia, Finland, Hungary, Jepun dan Russia,” katanya.

Mohamed Khaled berkata, antara kelainan tahun ini adalah pengenalan lima segmen baharu termasuk Gabungan Industri Pertahanan Malaysia, segmen ancaman kimia, biologi, radiologi, nuklear dan bahan letupan, senjata api dan kelengkapan taktikal serta memorandum persefahaman dan urusan komersial lain.

Beliau berpandangan, pameran kali ini juga menjadi pentas penting untuk memperkukuh rantaian bekalan global menerusi penyertaan syarikat tempatan dalam pembangunan komponen bagi aset pertahanan.

“Selain mempamerkan kemajuan teknologi pertahanan, DSA juga terus menjadi antara program utama kementerian dan negara dalam sektor berkenaan kerana membuka ruang kepada diplomasi pertahanan.

“Apabila kita menganjurkan acara sebegini, pada satu masa yang sama ramai pegawai dan wakil daripada kementerian pelbagai negara serta angkatan tentera masing masing hadir bagi meningkatkan hubungan, berkongsi pengalaman dan kefahaman mengenai trend serta cabaran semasa.

“Ia bukan saja soal pameran, tetapi di sebalik itu banyak pertemuan turut berlangsung dan semua ini penting untuk memperkukuh diplomasi pertahanan negara,” katanya.

Related Posts

Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca
QoS dilaksana termasuk kendali bagasi penumpang

PUTRAJAYA – Pematuhan terhadap standard Kualiti Perkhidmatan (QoS) yang telah ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sedang dikuatkuasa, termasuk pengendalian bagasi penumpang secara tepat pada masa dan cekap.s CAAM…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh