Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

KUCHING – Pemimpin dan ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) diingatkan agar tidak alpa dengan kedudukan selesa ketika ini, sebaliknya perlu mengambil iktibar daripada kejatuhan parti-parti politik dominan di Semenanjung Malaysia.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kelangsungan dan masa depan GPS tidak ditentukan oleh kekuatan pembangkang, tetapi amat bergantung kepada kesatuan rakan komponen dan sikap tidak tamak kuasa.

Menurutnya, sejarah telah membuktikan bahawa parti politik yang besar dan kebal juga boleh tumbang apabila mereka mula berasa selesa dan melupakan mandat akar umbi.

“GPS tidak akan jatuh disebabkan oleh pembangkang, sebaliknya GPS akan jatuh jika kita melemahkan diri sendiri dan bersikap tamak kuasa.

“Dalam kita melangkah ke hadapan, kita harus belajar daripada apa yang telah berlaku di Semenanjung. Ini adalah peringatan untuk kita semua bahawa kuasa itu tidak bersifat kekal (mutlak),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen GPS bertemakan ‘PCDS 2030 Visi Jadi Realiti’ pada Ahad.

Bagi menghadapi cabaran pilihan raya akan datang dan mengekalkan keyakinan rakyat, King Sing menegaskan perlunya semua pihak bermuhasabah diri dan bersedia memperbaiki apa jua kelemahan di peringkat dalaman.

Jelas beliau, kestabilan luar biasa GPS pada hari ini bertunjangkan kepada prinsip saling menghormati, toleransi, dan perkongsian kuasa yang tulen.

“Sebagai manusia, kita tidak sempurna. Apa yang membezakan kita ialah sama ada kita bersedia mengakui dan memperbetulkan kelemahan, atau kita terus angkuh dan sombong menegakkan kesilapan.

“Kepimpinan bukan tentang siapa yang paling lantang, tetapi siapa yang paling konsisten berkhidmat. Ia bukan mengenai jawatan, sebaliknya tentang memikul tanggungjawab,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau menzahirkan keyakinan penuh di bawah teraju Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, GPS akan terus utuh sebagai sebuah gabungan yang dipercayai dan kekal menjadi payung perlindungan utama rakyat Sarawak.

Related Posts

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

GOMBAK – Kepemimpinan serta ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh terlalu selesa sehingga terleka dengan kedudukan sebagai pemerintah dan melupakan asal-usul perjuangan parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh