Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan keputusan drastik untuk keluar daripada blok kerajaan Persekutuan pada waktu itu dan menubuhkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara berasingan merupakan langkah strategik terbesar dalam sejarah moden negeri ini demi mempertahankan hak dan kedaulatannya.

Menurut beliau, walaupun parti komponen di Sarawak mencatatkan kemenangan pada ketika itu, pertukaran kerajaan di peringkat Pusat memaksa kepimpinan negeri memilih haluan yang mencabar.

“Banyak rakan saya mengatakan, ini (macam mana) kita? Jadi pembangkang kita. Pembangkang lah, apa takut!

“Akhirnya kita kata baiklah, kita tubuh parti kita sendiri pada 2018. Kita pertahankan hak kita, kita bangunkan Sarawak,” tegas beliau ketika merasmikan Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ketegasan kepemimpinan GPS ini dibina atas asas kesedaran politik tempatan yang menebal. 

Abang Johari menyifatkan pendirian tersebut adalah cerminan kepada pesanan keramat Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan) bahawa tiada pihak lain yang mampu menjaga Sarawak melainkan anak Sarawak sendiri.

Sebagai pewaris legasi pimpinan terdahulu, beliau yakin kedaulatan serta kelangsungan negeri ini hanya boleh dipertahankan menerusi satu syarat mutlak iaitu perpaduan.

“Apabila (kerajaan Pusat) kalah, saya fikir dah ‘ok’ dah. Minat kita gancang (kencang) sahaja politik kita, kita gancang pentadbiran kita,” jelas beliau, merujuk kepada kebebasan mutlak Sarawak dalam merangka haluan pentadbirannya secara mandiri selepas keluar dari blok Persekutuan.

Menyingkap kembali cabaran awal pentadbiran bebas itu, Abang Johari tidak menafikan Sarawak berdepan laluan berliku pada enam tahun pertama, lebih-lebih lagi apabila terpaksa mengharungi krisis pandemik COVID-19 yang merudumkan ekonomi.

Namun, ikatan kesepakatan dan keikhlasan pimpinan empat parti tonggak iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Demokratik Progresif (PDP) terbukti berjaya menjadi perisai utama menangkis segala ketidakstabilan.

Hasil keberanian mengambil risiko bergelar pembangkang pada 2018 itu kini membuahkan hasil lumayan. 

GPS bukan sahaja menjadi kuasa politik yang membentuk kestabilan di peringkat nasional, malah berjaya menterjemahkan kedaulatan politik tersebut ke dalam bentuk pemerkasaan hak ekonomi, menjadikan Sarawak kuasa ekonomi yang paling ke hadapan di Malaysia pada hari ini.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

GOMBAK – Kepemimpinan serta ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh terlalu selesa sehingga terleka dengan kedudukan sebagai pemerintah dan melupakan asal-usul perjuangan parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyatakan sokongan penuh dan penghargaan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berserta pasukan perunding Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh