KPM dengan kerjasama MINDEF bakal bina sekolah baharu di Serudong Laut, Tawau

KOTA KINABALU – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Kementerian pertahanan Malaysia (MINDEF) bakal membina sekolah baharu di Serudong Laut, Tawau bagi memperluas akses pendidikan anak-anak di kawasan pedalaman.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia adalah inisiatif baharu di Sabah melalui pelaksanaan Program Jiwa Murni.

“Kita ada inisiatif baru khusus di Sabah ini iaitu yang kita namakan sebagai inisiatif Program Jiwa Murni dengan kerjasama Kementerian Pertahanan yang akan membina sekolah.

“Maknanya kita menggunakan ataupun berkerjasama dengan MINDEF, membina sekolah di Serudong Laut.

“Ini adalah kerjasama yang saya fikir dua kementerian bagi memastikan akses pendidikan untuk anak-anak khususnya di Serudong Laut ini dapat kita bangunkan bersama dengan kerjasama sebuah kementerian lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-69

Dewan Bahasa dan Pustaka Peringkat Kebangsaan 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Sabtu.

Fadhlina berkata, setelah membuat tinjauan beliau mendapati lokasi pembinaan tersebut mempunyai akses yang baik serta ruang sesuai bagi menampung keperluan pembelajaran anak-anak di kawasan pedalaman itu.

“Kita dalam proses sekarang ini, saya sudah pergi tinjau tempoh hari dalam perjumpaan saya yang sebelum ini dan saya dapati ada ruang akses yang sangat baik, tempat yang baik dan memang ada ruang untuk anak-anak belajar,” ujarnya.

Jelasnya, sementara menunggu pembinaan sekolah tersebut KPM juga telah melaksanakan program khas yang dinamakan sebagai ProKhas bagi memastikan anak-anak di Serudong Laut tidak ketinggalan dalam arus pendidikan.

“ProKhas dilaksanakan terlebih dahulu bagi memastikan anak-anak dapat menikmati seni pengajian, juga hadir untuk mengikuti kelas-kelas pembacaan dan kelas-kelas pengajian dari guru-guru yang sering berganti datang yang disediakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS),” ujarnya.

Tambah Fadhlina, KPM tidak pernah meminggirkan Sabah dalam agenda reformasi pendidikan negara, malah sentiasa diberi keutamaan dalam menangani isu akses pendidikan. 

“Sabah tidak pernah ditinggalkan KPM, sentiasa di hati untuk memastikan isu akses pendidikan dapat ditangani.

“Kita sangat berbangga sebenarnya dengan beberapa kejayaan negeri Sabah khususnya

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) baru-baru ini, ini antara kejayaan reformasi pendidikan yang telah menunjukkan hasil khususnya keputusan STPM baru-baru ini.

“Sabah mengungguli satu lagi prestasi yang sangat baik dengan lebih 146 pelajar mendapat 4 flat jadi kita lihat potensi ini sangat baik dan kita tambah baik dalam prakarsa-prakarsa dan inisiatif kita untuk meningkatkan pendidikan Tingkatan Enam khususnya di Sabah ini,” ujarnya.

Related Posts

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Iran tarik diri pameran DSA 2026

KUALA LUMPUR – Iran menyatakan hasrat menarik diri pada saat akhir daripada menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan National Security Asia (NATSEC Asia) 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh