MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

KUCHING – Parti Rakyat Sarawak (PRS) menyatakan sokongan penuh dan penghargaan kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berserta pasukan perunding Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas usaha mereka menuntut hak-hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Presiden PRS, Datuk Seri John Sikie Tayai berkata, pasukan perunding MA63 kini berdepan tugas yang amat mencabar bagi mendesak kerajaan Persekutuan melepaskan hak Sarawak yang telah dinafikan selama berdekad-dekad.

“Kita wajar menzahirkan penghargaan yang tinggi atas semangat juang tidak luntur oleh Premier (Abang Johari) dan pasukan perundingnya mengenai hak serta kelayakan kita di bawah MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Konvensyen GPS 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

Mengulas lanjut, John Sikie menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab bersama setiap pihak untuk memelihara hak dan kepentingan Sarawak di dalam Persekutuan Malaysia.

Jelas beliau, hak-hak yang termaktub di dalam perjanjian tersebut merupakan asas penting kepada pembentukan kerjasama negeri itu di dalam Malaysia.

“Oleh itu, kita mesti terus mempertahankan hak Sarawak dalam MA63,” tegasnya.

Foto: Nazmi Suhaimi

Related Posts

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

GOMBAK – Kepemimpinan serta ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh terlalu selesa sehingga terleka dengan kedudukan sebagai pemerintah dan melupakan asal-usul perjuangan parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh