Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

KANGAR – Sekumpulan kontraktor di negeri ini menggesa agar projek Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) diserahkan semula kepada kerajaan negeri dan tidak lagi dikendalikan melalui syarikat konsesi.

Wakil kontraktor G1, Fatimah Bidin, 62, berkata, pelaksanaan melalui konsesi ketika ini menyebabkan kontraktor tempatan berdepan tekanan terutama dari segi harga projek yang terlalu rendah.

Menurutnya, situasi tersebut menjejaskan keupayaan kontraktor untuk melaksanakan kerja dengan baik selain tidak memberi pulangan keuntungan yang munasabah.

“Selepas proses undian, harga yang dirundingkan terlalu menekan sehingga kami tidak mendapat keuntungan langsung.

“Kami sudah beberapa kali mengadakan rundingan dengan pihak konsesi, namun harga projek tidak berubah dan pelbagai alasan diberikan,” katanya ketika ditemui selepas himpunan aman di pekarangan Kompleks Seri Putra, di sini hari ini.

Seramai kira-kira 30 kontraktor menyertai himpunan tersebut dan turut menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah.

Fatimah berkata, kontraktor berharap sekurang-kurangnya sebahagian projek dapat dikembalikan kepada kerajaan negeri bagi membolehkan mereka terlibat secara terus tanpa melalui pihak konsesi.

Menurutnya, terdapat kontraktor yang sebelum ini berjaya dalam proses undian terpaksa menyerahkan semula projek kerana tidak mampu melaksanakannya di bawah syarat ditetapkan.

Tambah beliau, keadaan itu diburukkan lagi dengan peningkatan kos bahan binaan termasuk diesel dan simen yang terus meningkat.

“Kontraktor sudah menyiapkan kerja, tetapi bayaran diterima lewat sehingga tiga atau empat bulan selepas itu.

“Keadaan ini amat membebankan kerana keuntungan sudah kecil, bayaran pula lambat,” katanya.

Beliau berharap kerajaan negeri dapat memberi perhatian serius terhadap isu tersebut bagi memastikan kebajikan kontraktor tempatan terus terbela.

Related Posts

1,200 jerami gulung terbakar dalam gudang MADA

JITRA – Sebuah gudang yang menyimpan kira-kira 1,200 jerami gulung dan peralatan elektrik musnah dalam kebakaran di Pertubuhan Peladang Kawasan C2 Kerpan, Kampung Tempayan Pecah di Ayer Hitam, dekat sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket minyak masak subsidi dijadikan minyak terpakai terbongkar

ALOR SETAR – Kegiatan seorang lelaki yang disyaki menjadikan minyak masak peket bersubsidi sebagai minyak masak terpakai terbongkar selepas sebuah premis, di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Cheng Hoe bangga walau Harimau Malaya kalah lagi kepada Vietnam

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola