KPDN Perak rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

IPOH – Tindakan sebuah premis menjual perkakasan serta bahan membuat kek di Slim River yang dipercayai menyimpan dan menjual barang kawalan tanpa kebenaran akhirnya terbongkar apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menerusi Ops Tiris 4.0, pada Isnin.

Serbuan kira-kira jam 11.30 pagi oleh sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Tapah itu berjaya merampas lebih lapan tan barang kawalan melibatkan tepung gandum dan gula dengan nilai keseluruhan hampir RM22,000.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan memiliki bekalan tepung gandum dan gula bagi tujuan jualan tanpa sebarang kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia (PBM).

Menurutnya, sebanyak 7,813 kilogram (kg) tepung gandum dan 1,056 kg gula ditemui di premis berkenaan, namun peniaga gagal mengemukakan sebarang dokumen sah berkaitan pemilikan dan urus niaga barang kawalan tersebut.

“Sehubungan itu, satu notis di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah dikeluarkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung pemilikan barang berkenaan.

“Kes ini disiasat di bawah akta sama kerana disyaki menjalankan urusan jualan barang kawalan berjadual tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, pihak KPDN turut menyita kesemua barangan yang dianggarkan bernilai RM21,862.32 bersama dokumen berkaitan bagi membantu siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Kamalludin menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang berkaitan bekalan barang kawalan.

“Jika disabitkan kesalahan, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi kesalahan melibatkan syarikat atau badan koperat pula, denda boleh mencecah sehingga RM2 juta dan bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” ujarnya.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM