Kerajaan Persekutuan peruntuk RM7.2 bilion wujudkan jaringan jalan raya di pedalaman Sarawak

KUCHING – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM7.2 bilion untuk mewujudkan jaringan jalan raya sebagai akses dan mobility kepada rakyat Sarawak di pedalaman khususnya utara Sarawak.

Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, projek tersebut dikenali sebagai Projek Sarawak Sabah Link Road Fasa 2. 

“Saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak kerana diberikan kepercayaan bagi mengawal selia dan memantau pelaksanaan projek bernilai tinggi dan berimpak tinggi,” ujar beliau.

Tambah beliau, pelaksanaan projek berimpak tinggi itu dapat meningkatkan kompetensi selaku Agensi Pelaksana Teknikal di Sarawak.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) juga dalam fasa pelaksanaan Lebuhraya Trans Borneo yang meliputi jajaran Miri, Limbang dan Lawas sepanjang 80.25km,” jelas beliau ketika berucap pada perasmian Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2025 pada Rabu.

Sementara itu, Alexander berkata, Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2025 secara tidak langsung mendukung hala tuju KKR iaitu mentransformasi penyampaian perkhidmatan Kementerian melalui pendigitalan.

“Ini termasuk pengurusan projek, pengurusan penyelenggaraan, pembangunan kapasiti dan budaya kerja, kelesterian dan kemampanan sektor binaan serta daya saing dan pengantarabangsaan,” ujar beliau.

Turut hadir Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ariel Lariwo; Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Datuk Zainal Alhakab Seman; Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Wira Ir. Roslan Ismail; Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia, Datuk Ir. Sazali Harun; Ketua Eksekutif CIDB Malaysia, Zainora Zainal; Pengarah JKR Negeri Sarawak, Ir. Dr.Cassidy Morris dan Pengarah JKR Sabah, Datuk Philemon Lajawai.

Related Posts

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan memperkenalkan langkah tambahan dalam masa terdekat bagi membantu golongan yang masih terpinggir daripada pasaran pekerjaan susulan krisis bekalan global. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

PUTRAJAYA – Sebanyak 463 permohonan untuk menurunkan kandungan berita palsu berkaitan krisis bekalan global di platform media sosial diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat jam 7 pagi, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi