Zahid kongsi cara Malaysia kurangkan risiko bencana dengan pemimpin Asia Pasifik

SISTEM Ramalan Cuaca Berangka (NWP) Malaysia membolehkan amaran awal dikeluarkan sehingga 7 hari lebih awal ini bagi membolehkan persediaan lebih tersusun di bandar-bandar besar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sistem ramalan cuaca ini melengkapi Program Ramalan dan Amaran Banjir Kebangsaan yang menyediakan ramalan tepat bagi kemungkinan banjir melanda, merentasi 89 lembangan sungai utama.

Zahid mewakili Malaysia pada Persidangan Menteri-Menteri Asia Pasifik Mengenai Pengurangan Risiko Bencana (APMCDRR) di Manila.

Menurut beliau, strategi menyeluruh ini memberi impak yang ketara, mengurangkan kerugian kewangan akibat Monsun Timur Laut daripada AS$220 juta pada tahun 2022 kepada AS$60 juta pada tahun 2023.

“Ini menunjukkan keberkesanan inisiatif Pengurangan Risiko Bencana (DRR) kami dalam melindungi nyawa dan sumber.

“Usaha Malaysia dalam pengurusan risiko bencana kekal teguh, dan persidangan hari ini mengukuhkan lagi komitmen bersama kami untuk
meningkatkan daya tahan di seluruh rantau ini.

“Menerusi kerjasama dan perkongsian amalan terbaik, kita berupaya membina daya komuniti yang lebih ampuh dan berdaya tahan, lebih bersedia bagi mendepani cabaran mendatang,” kata Zahid dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, persidangan ini memberi tumpuan kepada amalan bersama dan usaha kolektif untuk menangani peningkatan kekerapan dan situasi bencana alam di rantau ini.

“Saya telah berkongsi kemajuan Malaysia dalam Pengurangan Risiko Bencana (DRR), terutamanya dengan penekanan terhadap Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030. Dasar ini menandakan perubahan penting dalam pendekatan kami terhadap pengurusan risiko bencana, dengan penekanan kuat terhadap mitigasi risiko.

“Dasar ini bersifat holistik dan memberikan mandat yang jelas untuk mengintegrasikan DRR ke dalam perancangan pembangunan dan mengamalkan pendekatan dari bawah ke atas, yang telah memberi hak upaya kepada kerajaan tempatan, pemimpin komuniti, NGO, dan sektor swasta untuk memainkan peranan aktif bersama-sama kerajaan pusat dalam mengarus perdanakan konsep DRR di peringkat tempatan.

“APMCDRR membuka peluang bernilai bagi Malaysia melaksanakan amalan terbaik global, mengguna pakai strategi berkesan dari seluruh rantau Asia Pasifik ke arah memperkukuh kerangka pengurusan bencana sedia ada.

“Di samping itu, saya memberi penekanan terhadap komitmen Malaysia dalam memanfaatkan sepenuhnya teknologi terkini dalam persediaan
menghadapi bencana,” ujar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu lagi.

Zahid juga mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina, Maria Antonia Yulo Loyzaga dan Setiausaha Pertahanan, Gilberto C. Teodoro Jr.

“Dalam pertemuan tersebut, saya menyatakan peranan penting Filipina yang dimainkan dalam kerjasama pengurusan bencana di rantau Asean.

“Pengalaman luas mereka memberi peluang besar kepada Malaysia untuk belajar dan bekerjasama lebih erat dalam meningkatkan keupayaan pengurusan bencana.

“Kami turut berbincang mengenai kerjasama yang berpotensi besar dalam beberapa bidang, termasuk program latihan bersama untuk operasi menyelamat dan pemindahan, latihan simulasi bencana bagi meningkatkan koordinasi, kempen kesedaran awam untuk mempersiapkan masyarakat, serta perkongsian maklumat tentang undang-undang bencana dan koordinasi bantuan serantau.

“Saya juga menyatakan komitmen Nadma untuk menjadikan pengurusan bencana sebagai tonggak kerjasama dua hala Malaysia-Filipina. Pasukan Smart Malaysia juga sentiasa bersedia untuk menyalurkan bantuan kepada Filipina ketika bencana melanda,” katanya.

Tegas Zahid, kerjasama erat ini diharapkan akan memperkukuh persediaan dan tindak balas bencana bagi melindungi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

“Insya-Allah, melalui usaha bersama, kita dapat meningkatkan keselamatan dan ketahanan serantau,” ujar beliau.

Dalam pada itu Zahid juga memaklumkan beliau berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada Naib Presiden Republik Filipina, Sara Duterte.

“Ketika perbincangan kami meneroka pelbagai peluang kerjasama antarakedua-dua negara, termasuklah menembusi potensi industri halal,
memperkukuhkan kerjasama TVET, dan meneroka peluang perdagangan baharu,” katanya.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim