Kelulusan RUU CCUS: Penduduk Kemaman ucap terima kasih kepada Rafizi

KELULUSAN Rang Undang-undang Pemerangkapan, Penyimpanan dan Penggunaan Karbon (CCUS) di Dewan Rakyat pada Khamis merupakan satu ‘game changer’ kepada ekonomi berasaskan bahan api fosil di negara ini.

Umum mengetahui bahawa negara sedang menuju kepada teknologi hijau yang tidak lagi bergantung kepada bahan api berasaskan karbon di mana perubahan ini tidak dapat dielakkan kerana perubahan iklim yang berlaku dalam dunia hari ini.

Dalam sesi perbahasan RUU CCUS di Parlimen, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli membuat kenyataan secara terperinci bahawa negeri Terengganu khususnya daerah Kemaman akan mendapat laba yang paling utama daripada kelulusan RUU ini.

Ekonomi daerah Kemaman hampir 90 peratus berasaskan kepada industri minyak dan gas sejak hampir 40 tahun lalu. Industri ini telah mengubah wajah Kemaman daripada sebuah daerah nelayan dan pertanian kepada hab industri utama minyak dan gas yang membawa limpahan ekonomi kepada penduduknya.

Dengan kelulusan RUU CCUS ini ekonomi daerah Kemaman dapat bergerak dengan lebih mapan meskipun simpanan minyak dan gas di luar pesisir pantai Kemaman akan kehabisan suatu hari nanti.

Penduduk Kemaman mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rafizi yang juga merupakan anak Kemaman yang berusaha bersungguh-sungguh bersama pasukan Kementerian Ekonomi untuk memastikan RUU CCUS ini diluluskan di Dewan Rakyat.

Ini menunjukkan kecaknaan beliau terhadap masa depan ekonomi kampung beliau sendiri di mana adanya undang-undang seperti CCUS ini maka daerah Kemaman tidak akan menjadi bandar hantu yang ditinggalkan seperti yang berlaku di bandar-bandar yang menjalankan aktiviti perlombongan seperti Sungai Lembing di Pahang suatu ketika dahulu.

Kerajaan Negeri Terengganu juga mesti lebih proaktif untuk memastikan ekonomi negeri terus bertumbuh dengan memastikan kebergantungan terlalu tinggi kepada hasil minyak dan gas dapat dikurangkan dan digantikan dengan model ekonomi yang lebih berdaya saing dan mapan selepas ini.

Related Posts

Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perpaduan umat: Antara realiti dan retorik politik

KENYATAAN terbaharu oleh Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengangkat tema ‘Perpaduan Umat Menghadapi Musuh Yang Nyata’ kelihatan penuh semangat dan sarat dengan dalil agama. Namun, di sebalik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

Lencongan sementara di Jalan RPR Batu Biah bermula 2 Mei

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

JTS Mukah agih RM50,000 bantuan CSR

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China

80 warga asing didakwa tipu, menyamar polis China