SEMALAM tular surat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menyatakan pihak JHEAT tidak memberikan kelulusan tapak untuk mengadakan program Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Program tersebut sepatutnya diadakan di Masjid Kampung Kuala Akob dan Masjid Haji Abdul Rahman Limbong di Hulu Terengganu.
Surat itu dialamatkan kepada Pengarah FELCRA Negeri Terengganu.
Yang menggelikan hati surat tersebut bertarikh 7/3/2025 bersamaan hari Jumaat.

“Bile mase pulok hari Jumaat keje kat Terengganu ni, rajin ngat sek JHEAT keje hari Jumaat?”
Keputusan ini menyebabkan pihak penganjur terpaksa mengalihkan program berbuka puasa ke tapak yang lain dan membatalkan program moreh bersama TPM.
Memetik laman sosial Facebook Fadlilah Mukhatar, pihak penganjur telah bermesyuarat dengan JHEAT pada 16/2 lagi, persoalannya kenapa keputusan untuk tidak memberi dibuat sehari sebelum program dan hari cuti umum negeri Terengganu?
Dalam masa yang sama program pemuda Pas di Masjid Al Furqan Chendering tidak dibatalkan sedangkan jelas program tersebut dianjurkan oleh parti, sedangkan program KKDW ini adalah program rasmi Kerajaan Persekutuan yang tidak melibatkan pengisian mana-mana parti politik.

“Doh guane gitu boh, alik Pas buleh pulok buat program atah sejid, ni program nge TPM boh ia batal molek ade, cak ayang molek.”
Situasi ini dilihat bertambah menarik melihat sikap defensif Pas sekarang, adakah Pas takut pada bayang-bayang sendiri?
Atau mungkin peningkatan sokongan rakyat Terengganu kepada Kerajaan Persekutuan membimbangkan Pas?







