Kamera pandang belakang tak berfungsi, Tesla panggil balik lebih 200,000 kereta

BANGALURU – Tesla mengumumkan bahawa ia menarik balik sekitar 239,000 kenderaan berikutan isu yang boleh menyebabkan kamera pandang belakang gagal memaparkan imej.

Namun masalah ini boleh diselesaikan melalui kemas kini perisian secara dalam talian.

Langkah ini diambil beberapa hari selepas Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) membuka siasatan terhadap 2.6 juta kenderaan Tesla di Amerika Syarikat berhubung laporan kemalangan melibatkan ciri yang membenarkan pengguna menggerakkan kenderaan mereka secara jarak jauh.

Tesla menjelaskan bahawa sebilangan kecil kenderaan terjejas mungkin mengalami aliran semula semasa proses kuasa dihidupkan – yang berpotensi menyebabkan litar pintas pada papan komputer kenderaan – sekaligus mengakibatkan kamera pandang belakang tidak berfungsi.

Isu ini melibatkan model Model 3 dan Model S tahun 2024-2025 serta model Model X dan Model Y tahun 2023-2025.

Tesla turut memaklumkan bahawa ia akan mengenal pasti dan menggantikan papan komputer yang rosak atau menunjukkan tanda kegagalan tanpa sebarang kos.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda