HOLLYWOOD – Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dalam kebakaran hutan di sekitar Los Angeles, manakala anggota masih bomba bertungkus-lumus berusaha memadamkan api yang semakin marak.
Sehingga kini, kira-kira 1,500 bangunan terbakar dalam bencana terbaharu melanda di bandar kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) yang turut memaksa lebih 100,000 penduduk mengosongkan rumah masing-masing.
Keadaan semakin teruk apabila angin bertiup kuat membawa bebola api ‘dari rumah ke rumah’ hingga meranapkan sebahagian besar kediaman di California.
Ketua Bomba Daerah Los Angeles, Anthony Marrone berkata, anggotanya kini bergelut dengan skala kebakaran besar-besaran apabila api marak dengan cepat.
“Kami melakukan selagi yang terdaya. Tetapi kami tidak mempunyai anggota bomba mencukupi di LA County untuk berdepan dengan bencana ini,” katanya.
Pada petang Rabu, kebakaran meletus di Hollywood Hills, hanya beberapa ratus meter dari Hollywood Boulevard yang bertingkat atau rumah kepada pemandangan seperti Teater Cina Grauman, Walk of Fame dan Teater El Capitan.
Pada masa sama, arahan pemindahan dilakukan ketika anggota bomba turut menggunakan helikopter untuk memadamkan kebakaran dari udara.
“Kami tiada masa untuk berlengah. Kami juga tidak mahu orang terkandas dan memastikan semua orang selamat,” kata pegawai dari Jabatan Bomba Los Angeles, Margeret Steward.








