Gunung Ibu kembali meletus

JAKARTA – Gunung Ibu di wilayah Maluku Utara, Indonesia kembali meletus semalam, memuntahkan awan mengandungi abu setinggi 4,000 meter dari puncaknya, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai.

Letusan di daerah Halmahera Barat pada jam 7.35 malam waktu tempatan Sabtu itu, berlangsung kira-kira tiga minit lima saat, mengeluarkan abu tebal serta awan gelap ke arah barat dan memuntahkan lava sejauh dua kilometer (km) dari kawah gunung berapi itu.

Pihak berkuasa melarang semua aktiviti awam, termasuk mendaki dalam radius empat kilometer dari gunung berapi itu dan zon sejauh 5.5 km ke arah utara dari kawah aktif.

“Bagi menjangkakan potensi bahaya, penduduk digesa memakai pelitup muka dan pelindung mata seperti cermin mata,” kata jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa tempatan juga diminta berkoordinasi dengan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) untuk pengurangan risiko.

Aktiviti gunung berapi itu kekal pada tahap III, atau ‘berjaga-jaga’ kerana letusannya berubah-ubah sejak Jun 2024, dengan beberapa hari mencatatkan sehingga 70 letusan.

Jumaat lalu, gunung berapi itu meletus dua kali, menghamburkan awan mengandungi abu setinggi 3,000 meter ke udara, dengan awan abu bergerak ke arah selatan dan tenggara.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda