Jangan jadi subjek pemuas nafsu!

DALAM tulisan berjudul “Ajaran Sesat: Jangan Tersilap Kecam” pembaca disaran lebih rasional dan memahami tindakan pihak berkuasa yang tegas bertindak ke atas Global Ikhwan Sdn. Bhd. (GISB).

Saranan itu dilakukan kerana ada pihak mengecam pemimpin negara dan pihak polis, termasuklah menganggapnya melampau dan merosakkan ekonomi orang Islam.

Akal yang waras menolak kecaman itu dan menyokong tindakan tegas pihak berkuasa.

Sebenarnya, kes seumpama ini membiak disebabkan sekurang-kurangnya dua faktor, pertama, ramai yang mempertahankan tindakan penyebar ajaran seumpama itu; kedua; ramai juga menggalakkannya.

Buktinya, ketika GISB diintip, disiasat, dan digempur polis dengan bantuan Jakim, Kementerian Agama, Kementerian Pendidikan dan beberapa agensi lagi, kedengaran jelas suara mempertikaikan kewajarannya.

Yang berbuat demikian sebahagian besarnya orang Melayu dan beragama Islam. Mereka mempertahankan kumpulan ini malahan menganggap semua itu fitnah.

Lebih daripada itu, mereka mempolitikkan isu ini.

Mereka memejamkan mata dan memekakkan telinga bahawa itu dibongkarkan sendiri ahli jemaah dan bekas ahli jemaah yang tidak tahan melihat kebobrokan itu berterusan.

Maklumat kes itu juga diterma daripada kanak-kanak yang diliwat, kanak-kanak yang dipukul dan kanak-kanak yang dipaksa bekerja seperti hamba – tidak dibayar gaji tetap.

Malangnya ada orang Melayu Islam menganggap itu suatu fitnah. Sepatutnya, pihak berkuasa diberi peluang menguruskan kes itu sampai ke penghujung. Itu baru adil.

Orang yang waras tentu kecewa apabila seorang pemimpin persatuan pengguna Islam dan seorang penceramah Islam bukan berbangsa Melayu mempertahankan GISB.

Tindakan dua individu terkenal itu menganggap kes GISB kes terpencil sangat dikesali.

Apa takrifan terpencil? Faktanya, setakat ini 11 kanak-kanak dikenal pasti diliwat. Apa perasaan dua individu itu jika mangsa itu anak cucu mereka? Adakah mereka masih mahu menganggap itu kes terpencil?

Kalau itu mahu dianggap kes terpencil, maka kes liwat atau kes rogol yang pertama kali atau berlaku di pedalaman, di perkampungan Orang Asli, atau dalam sesuatu program perkhemahan tidak perlulah dilaporkan kepada pihak polis kerana itu kes terpencil.

Adakah langkah itu (membiarkannya atas alasan itu kes terpencil) betul?

Kata penceramah Islam bukan berbangsa Melayu itu pula, liwat juga berlaku di gereja. Soalannya, jika itu berlaku di gereja atau di tokong bolehkah kita normalisasikan liwat di rumah amal?

Penceramah tersebut dikenali sebagai orang akademik tetapi pemikirannya langsung tidak menggambarkan latar belakangnya sebagai orang akademik.

Pada masa yang sama, Pengerusi GISB – Nasiruddin Mohd Ali – mahu polis berunding dengan mereka dalam kes itu; bukannya bertindak seperti sekarang.

Apa kata jika pihak lain yang kantoi juga mahu mengajak polis berunding? Ini lawak!

Untuk mengaburi mata masyarakat, ada ahli GISB yang membuat kandungan siaran media sosial lebih kurang begini: “Takkanlah kami yang mengamalkan Islam ada kes liwat.”

Anggota GISB dan ahli Lembaga Pengarahnya cuba “berlakon” sebagai mangsa untuk mempengaruhi orang Melayu mempertahankan mereka.

Hasilnya, ramai terpengaruh sehingga memaki hamun pihak berkuasa kononnya zalim memfitnah GISB.

Selain itu, GISB dilihat cuba mengalihkan isu air janggut diletakkan dalam makanan. Pun begitu, setakat ini kes itu tidak diberi tumpuan oleh pihak berkuasa.

Isu GISB ini besar sebenarnya kerana terlalu rencam – kes liwat, penderaan kanak-kanak, tidak bayar gaji, perihal suami isteri boleh “bersama” hanya ditentukan pimpinan.

Berlaku juga kes tabaruk dengan janggut dan gambar pemimpin, kes ahli dipukul atau didera, penghambaan kanak-kanak, dan beberapa jenis kes lagi.

Oleh sebab itu, amat jelas ini bukanlah kes terpencil. Ini satu lagi agenda pentaasuban.

Yang jelas, pemimpin tertingginya bermewah-mewah; orang bawahan sekadar diberi makan, minum dan tempat tinggal, dijadikan subjek pemuas nafsu.

Rasulullah SAW berpesan, taasub satu penyakit. Dalam satu hadis baginda bersabda: “Janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agama. Sesungguhnya yang membinasakan umat sebelum kamu itu sikap berlebih-lebihan dalam agama.”

Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW memberitahu kita bahawa baginda juga manusia seperti kita. Itu bertujuan memastikan bahawa kita jangan taasub kepada manusia.

Sekiranya ini masih juga gagal dihadami, berhentilah menjadi manusia!

Related Posts

Benih petai dan nangka sudah bercambah

TIDAK mengambil masa yang lama, kelihatan benih petai dan nangka sudah bercambah. Pun begitu, yang bercambah itu bukannya tumbuh-tumbuhan sebaliknya air minuman botol plastik dan tisu bungkusan kecil. Aneh? Tidak!…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan BKKA wang royalti, di mana hasil negeri sejak Pas perintah?

SEJAK pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) gegak gempita seluruh negeri Terengganu membincangkan isu ini. Apa yang menarik perhatian ialah beberapa Exco Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta