Hutang isi rumah meningkat RM1.57 trilion

HUTANG isi rumah meningkat daripada RM1.53 trilion pada akhir 2023 kepada RM1.57 trilion pada Jun lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Kewangan berkata, peningkatan itu bersamaan dengan 83.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 84.2 peratus pada tahun lalu.

Berdasarkan jenis pembiayaan, bahagian terbesar hutang isi rumah terdiri daripada pinjaman perumahan.

“Ia merangkumi 61 peratus daripada jumlah hutang isi rumah, diikuti oleh pinjaman kenderaan (13.5 peratus), pembiayaan peribadi (12.4 peratus) dan pinjaman untuk tujuan lain seperti pembelian harta bukan kediaman, hutang kad kredit, sekuriti dan sebagainya.

“Menyedari risiko keberhutangan isi rumah yang tinggi, Kerajaan dan Bank Negara (BNM) sudah lama mengambil pendekatan yang berhemat dan berhati-hati dalam menangani risiko ini bagi memastikan ia tidak menjejaskan daya tahan kewangan isi rumah serta kestabilan sistem kewangan negara,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mengenai peningkatan hutang isi rumah yang kini mencecah RM1.53 trilion dan langkah kementerian untuk memperkenalkan dasar yang lebih ketat bagi mengawal peningkatan hutang isi rumah.

Katanya, kerajaan melakukan usaha berterusan untuk mengawal hutang isi rumah dan mengukuhkan daya tahan isi rumah termasuk melaksanakan Dokumen Dasar Amalan Pembiayaan Bertanggungjawab sejak 2012 dan meningkatkan tahap celik kewangan rakyat menerusi Jaringan Pendidikan Kewangan.

Tambahnya, sebahagian besar hutang tertumpu kepada pembelian rumah dan kenderaan.

Oleh itu, inisiatif kerajaan untuk memastikan perumahan kekal mampu milik serta memperbaiki sistem pengangkutan awam yang lebih efisien memainkan peranan penting dalam mengawal pertumbuhan hutang secara berkesan,” katanya.

Anwar berkata, langkah itu dapat mengurangkan tekanan hutang serta menyumbang kepada kesejahteraan ekonomi jangka panjang.

“Selain itu, kerajaan komited untuk mempercepatkan pembentangan cadangan Akta Kredit Pengguna yang akan mewajibkan penyedia kredit bukan bank seperti penyedia Beli Sekarang Bayar Kemudian (Buy Now Pay Later, BNPL) mematuhi standard kehematan dan garis panduan yang berkaitan.

“Ia bagi melindungi pengguna kewangan dalam skim BNPL dan mengurangkan risiko keberhutangan berlebihan terutama dalam kalangan peminjam muda dan berpendapatan rendah,” katanya.

Tambahnya, melangkah ke hadapan, kerajaan akan terus memantau tahap keberhutangan isi rumah dan mengambil langkah yang bersesuaian untuk memastikan pertumbuhan paras hutang isi rumah tidak berlebihan dan kekal selaras dengan kemampuan peminjam.

Related Posts

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan. Pengarah Program MBA Putra…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

PUTRAJAYA – Kerajaan memberi jaminan bekalan plastik dalam negara kekal stabil meskipun berdepan gangguan pengeluaran minyak dan gas global serta ketidaktentuan di Selat Hormuz. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’