Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

PRESTASI Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang diunjurkan berkembang sekitar 5.3 peratus bagi suku pertama 2026 menunjukkan ekonomi negara masih berada pada landasan yang memberangsangkan.

Pengarah Program MBA Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, momentum itu turut didorong oleh perbelanjaan domestik yang kekal kukuh dalam kalangan pengguna.

Beliau berkata, unjuran pertumbuhan tersebut bagaimanapun lebih mencerminkan prestasi jangka pendek, khususnya dalam suasana ekonomi global yang masih tidak menentu.

“Jika konflik global tidak berlarutan, tekanan terhadap pertumbuhan KDNK dijangka berkurangan.

“Namun, secara keseluruhan, ekonomi Malaysia masih berupaya mengekalkan pertumbuhan yang positif,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP) pada Sabtu.

Ahmed Razman menegaskan bahawa tumpuan utama perlu diberikan kepada usaha memperkasa ekonomi domestik memandangkan faktor luaran berada di luar kawalan negara.

“Langkah seperti pelaksanaan insentif fiskal dan dasar monetari yang bersasar amat penting bagi memastikan industri tempatan terus berdaya tahan dan kompetitif,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata, kesinambungan pelaburan langsung asing (FDI) yang telah diluluskan perlu dipastikan agar dapat direalisasikan mengikut perancangan.

“Pelaburan ini akan merangsang aktiviti ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan serta membantu meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya.

Jelasnya, pengukuhan asas ekonomi domestik menjadi kunci utama dalam memastikan Malaysia mampu mengekalkan pertumbuhan yang mampan meskipun berdepan cabaran global.

“Dengan pendekatan yang tepat, negara berpotensi mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang stabil dan positif sepanjang tahun ini,” katanya.

Related Posts

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

PUTRAJAYA – Wujud keperluan mendesak bagi perlindungan sosial yang lebih menyeluruh apabila jumlah kemalangan serta penerima faedah di bawah skim perlindungan kendiri terus meningkat saban tahun. Sehubungan itu, Ketua Aktivis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia terus menggerakkan pendekatan diplomasi secara senyap bagi menangani cabaran geopolitik di Selat Hormuz, khususnya melibatkan sekatan ke atas kapal tangki bahan api milik negara. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Penguatkuasaan Akta 872 perlu diperkasa demi lindungi kebajikan pekerja gig

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Ekonomi domestik perlu diperkasa hadapi ketidaktentuan global

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Diplomasi berterusan Malaysia pastikan laluan tenaga negara terjamin

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Nafi dakwaan tular, projek pelabuhan laut dalam Miri 70 peratus siap

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Cadangan levi Selat Melaka tidak relevan, cetus risiko ketegangan geopolitik

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM