BlackBerry pilih Cyberjaya ibu pejabat serantau

PUTRAJAYA – BlackBerry Ltd yang berpangkalan di Kanada menubuhkan ibu pejabat serantau Asia Pasifik (APAC) bagi bahagian keselamatan sibernya di Cyberjaya, yang kini beroperasi sepenuhnya.

Penyedia perisian dan perkhidmatan keselamatan pintar itu berkata, pembukaan ibu pejabat baharu dan pengembangan serantau itu memperlihatkan komitmen berterusan BlackBerry terhadap kerajaan Malaysia, berikutan perjanjian keselamatan siber penting yang diumumkan pada November 2023.

“BlackBerry bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menubuhkan Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber, kemudahan latihan bertaraf dunia untuk membantu meningkatkan kemahiran tenaga kerja negara,” kata syarikat itu dalam kenyataan hari ini.

“Langkah ini bukan sahaja memberi kebaikan kepada Malaysia malah akan membolehkan rantau ini memanfaatkan penyelesaian keselamatan siber terkini yang ditawarkan oleh BlackBerry,” katanya.

Naib Presiden Keselamatan Siber BlackBerry bagi APAC, Tash Stamatelos berkata, Malaysia adalah pasaran yang penting secara strategik bagi BlackBerry.

Menurutnya, syarikat itu berbangga dengan penubuhan ibu pejabat APAC baharu di sini sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan serantaunya.

“Berikutan peranan negara ini sebagai Pengerusi Asean 2025, kami memuji usaha Malaysia dalam memajukan transformasi digital dan kerjasama serantau dalam bidang seperti keselamatan siber, dan pelaburan berterusan dalam kemahiran, inovasi dan infrastruktur untuk meningkatkan ekonominya,” katanya.

Pasukan BlackBerry di Malaysia meliputi bahagian jualan, pemasaran, penyelidikan ancaman, sokongan teknikal, perkhidmatan profesional, pentadbiran, pengurusan dan jurulatih keselamatan siber berkemahiran yang kesemuanya berperanan untuk menyokong pejuang siber di seluruh Malaysia dan rantau ini.

Related Posts

Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keterjaminan makanan: Belajar dari krisis, sedia dari dapur sendiri

KUCHING – Setiap kali harga barang keperluan asas naik, keluhan pasti kedengaran di pelbagai platform.  Namun, sedarkah kita bahawa isu keterjaminan makanan sebenarnya adalah bom jangka ‘senyap’ yang menuntut persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang