Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO.

Sumber memaklumkan, sebarang usaha membentuk kerajaan negeri bersama PN bukan sahaja tidak dibincangkan secara serius, malah tidak direstui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau, pendirian itu sekali gus menutup ruang kepada sebarang percaturan politik melibatkan jajaran baharu antara BN dan PN di negeri berkenaan.

“Memang UMNO Negeri Sembilan boleh untuk bekerjasama dengan PN menubuhkan kerajaan baharu di negeri itu namun tindakan itu dilihat kemungkinan besar tidak dilakukan selain tindakan itu tidak direstui oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Setakat ini kuasa autonomi tidak diberikan kepada UMNO Negeri untuk menubuhkan kerajaan baharu bersama PN. Apapun perkara ini masih dalam penelitian pengurusan tertinggi parti” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan, UMNO Negeri Sembilan menegaskan fokus utama ketika ini adalah menyelesaikan krisis adat negeri yang dilihat semakin meruncing, bukannya melayan spekulasi perubahan kerajaan.

“Parti itu mendesak Menteri Besar agar segera menangani isu berkenaan dengan merujuk institusi adat serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, selain mengambil pendekatan kolektif dalam membuat keputusan dan tidak meminggirkan suara BN,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, mengadakan sidang media bagi memaklumkan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.

Sebelum ini, krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Luak mengisytiharkan penurunan Tuanku Muhriz di Balai Undang Luak Sungai Ujong.

Susulan itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungai Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato’ Klana Petra luak berkenaan.

Berikutan krisis itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lalu terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 kerusi membabitkan DAP (11) PKR (5) dan Amanah (1), manakala UMNO/ BN menyumbang 14 kerusi dan Pas (3) serta Bersatu (2).

Related Posts

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

BATU PAHAT – Semua parti dalam Kerajaan MADANI disaran mengamalkan pendekatan matang dan rasional dengan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding percaturan politik, khususnya dalam menentukan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

SARATOK – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun disyaki terlibat dalam kes curi dalam rumah di Kampung Melango Lama, Saratok, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

PRN Johor: Rakyat bukan alat percaturan politik

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’