Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

PORT DICKSON – Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, tengah hari tadi bagi membincangkan krisis pentadbiran.

Ini disebabkan kesemua 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Aminuddin.

Aminuddin yang pada mulanya hadir di Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Muhammad Yusof, Port Dickson, pagi tadi, dikatakan tergesa-gesa meninggalkan majlis berkenaan kira-kira jam 11 pagi, dipercayai untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Kuala Lumpur.

Kenderaan rasmi Aminuddin dilihat meninggalkan perkarangan Istana Hinggap Negeri Sembilan di Jalan Changkat Persekutuan sekitar jam 1.50 petang tadi.

Aminuddin dilihat beredar meninggalkan istana dengan menaiki kenderaan rasmi jenis Toyota Camry sambil diiringi kenderaan pengiring tanpa berhenti untuk memberi sebarang kenyataan kepada media.

Difahamkan juga, satu sidang media oleh Aminuddin akan diadakan pada pukul 3.30 petang ini di Seremban.

Terdahulu, Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, mengadakan sidang media bagi memaklumkan penarikan sokongan terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan.

Beliau dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan krisis yang membabitkan institusi adat dan perlembagaan negeri.

Sebelum ini, krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Luak mengisytiharkan penurunan Tuanku Muhriz di Balai Undang Luak Sungai Ujong.

Susulan itu, Aminuddin dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menasihatkan Luak Sungai Ujong agar menerima pemberhentian Datuk Mubarak Dohak sebagai penyandang pesaka Dato’ Klana Petra luak berkenaan.

Berikutan krisis itu, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan yang sepatutnya berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lalu terpaksa ditangguhkan ke suatu tarikh yang belum ditetapkan, walaupun istiadat pembukaan sidang berkenaan telah disempurnakan Tuanku Muhriz pada Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023, Pakatan Harapan (PH) memenangi 17 kerusi membabitkan DAP (11) PKR (5) dan Amanah (1), manakala UMNO/ BN menyumbang 14 kerusi dan Pas (3) serta Bersatu (2).

Related Posts

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

PORT DICKSON – Spekulasi pembentukan gabungan baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dilihat tidak berasas susulan mendapat penolakan daripada kepimpinan tertinggi UMNO. Sumber memaklumkan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

SARATOK – Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun disyaki terlibat dalam kes curi dalam rumah di Kampung Melango Lama, Saratok, pada Sabtu lalu. Ketua Polis Daerah Saratok,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Kerajaan Negeri Sembilan BN dan PN tidak direstui Ahmad Zahid

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Lelaki miliki 14 rekod jenayah lampau ditahan, terlibat kes pecah rumah

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Aminuddin selesai menghadap Tuanku Muhriz, sidang media diadakan petang ini

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan