Hari keramat 3 Ogos, 21 tahun perjuangan Parti Keadilan Rakyat

SUDAH 21 tahun berlalu namun memori pada tarikh 3 Ogos 2003 itu masih lagi terpahat hingga ke hari ini dan kekal selagi hayat dikandung badan.

Bagi yang tidak tahu atau mungkin ada yang terlupa, 3 Ogos merupakan tarikh keramat iaitu hari Parti Keadilan Rakyat telah ditubuhkan.

Tidak singkat masa yang diambil dan tidak kurang juga rintangan yang dilalui sebelum boleh mengambil alih tampuk kuasa kerajaan hari ini.

Bagi Pengarah Strategik PKR Pahang, Ahmad Nizam hamid, tempoh 21 tahun ini sudah tentu penuh dengan pancaroba dan tentunya 1000 tahun kehadapan tidak mungkin ia sunyi daripada cabaran serta tantangan.

Justeru itu, beliau mengajak ahli dan kepimpinan parti untuk mengenang kembali matlamat perjuangan agar kekal relevan kini dan masa yang mendatang.

“Mari kita kembali memperkuatkan tekad, memperkasakan azam untuk kekal berjuang demi pertiwi, mempertahankan kemenangan hari ini sambil kita terus melebarkan pengaruh bagi membolehkan kita kekal relevan dan diterima rakyat,” tegasnya.

Menurutnya, dalam kenangan itu sudah tentu tidak dilupakan jasa dan doa Almarhum Dr Syed Husin Ali selain sumbangan serta ketabahan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang beliau selesa dengan gelaran Kak Wan.

“Saya mengenang dengan doa, Almarhum Dr Syed Husin Ali yang berkorban besar dari membawa PRM bersama Parti Keadilan Nasional dan tentunya kita tidak boleh menafikan segala sumbangan Kak Wan⁩ yang memimpin kita dengan sabar serta tabah.

“Senyumannya yang ikhlas itu selama bertahun-tahun, mengharungi onak dan duri- paling kurang kita mengingati pengalaman PRU 2004 setahun setelah KEADILAN ditubuhkan. Ketika itu hanya Kak Wan yang membawa obor parti di Parlimen,” katanya.

Tambahnya, wajar bagi dirinya memberikan penghargaan dengan ucapan terima kasih atas segala ranjau yang ditempuhi oleh Kak Wan yang hanya berbekalkan semangat, kepimpinan serta sudah tentu senyumannya.

“Ucapan sama saya sampaikan kepada Datuk Seri anwar Ibrahim yang hari ini bukan sahaja menjadi Presiden Parti bahkan Perdana Menteri, terima kasih kerana terus memimpin kami.

“Marilah sama-sama kita berjuang, memegang amanah mengemudi parti dan negara dengan kesabaran serta keuletan, selebihnya faiza ‘azamta fatawakkal ‘ala Allah,” katanya.

Related Posts

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengecam tindakan unilateral yang diambil oleh sesetengah negara, kerana ia merupakan penyalahgunaan kuasa yang angkuh dan tidak mengambil kira kepentingan negara-negara kecil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKM tegas terhadap taska tidak berdaftar, lindungi hak kanak-kanak

KOTA KINABALU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meneruskan usaha dalam memperkasa lebih banyak taska yang berdaftar bagi melindungi hak kanak-kanak di Malaysia khususnya di Sabah. Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

PM Anwar kecam sekatan unilateral sebagai tindakan angkuh, seru hormati negara kecil

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Program Membaca Bersama Datuk Bandar DBKU semai budaya ilmu di SK Gersik

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

Pesta Tasik Biru 2025 tanda Bau terus maju, sasar pengiktirafan UNESCO

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

POSKOM Bekenu tarik minat warga emas mohon Kenyalang Gold Card

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Apabila legasi menjadi lobi: Cabaran terhadap institusi undang-undang Malaysia

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment

Judicial echo chambers: The quiet power of influence in Malaysia’s legal establishment